• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Kelibat Yamaha Y15ZR Facelift Dikesan, Brosur Vietnam Kuatkan Spekulasi!

#Spyshot: Kelibat Yamaha Y15ZR Facelift Dikesan, Brosur Vietnam Kuatkan Spekulasi!

July 30, 2018 By Aryon Leave a Comment

862
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOCOR foto kelibat kapcai baru yang dipercayai Yamaha Y15ZR versi facelift. Lucunya, sumber ini kami dapat dari laman web Indonesia yang sumber asalnya diperoleh daripada grup Malaysia. Laju betul depa buat kerja! 😛

Di Indonesia, Y15ZR dikenali sepagai MX King yang jelas menunjukkan perubahan pada rekaan lampu. Ada dua motor dipaparkan, SYM 185cc dan satu lagi ialah Y15ZR yang dipercayai ditunggang uji sebagai perbandingan.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Edisi GP (2018) Diperkenal, Tampil Grafik Ilham Jentera MotoGP

Berdasarkan foto spyshot, perbezaan ketara dapat dilihat ialah bahagian lampu yang lebih runcing dan tajam. Apabila difikirkan, nampak mirip pula dengan Yamaha Lagenda. Namun sukar menentukan kesahihan sama ada itu ialah tunggang uji rasmi dilakukan pihak Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM). Boleh jadi juga foto bocor itu cuma penunggang biasa yang melakukan modifikasi kustom.

spyshot-yamaha-y15zr-facelift-2018-1
spyshot-yamaha-y15zr-facelift-2018-3
spyshot-yamaha-y15zr-facelift-2018-2

Namun, Yamaha sebelum ini pernah melakukan tunggang uji Y15ZR (dipanggil Exciter 150 FI) di Vietnam sebelum diperkenalkan di Indonesia. Mungkinkah trend sama dilakukan yang kali ini lokasi ujian ialah di Malaysia?

BROSUR VIETNAM KUATKAN SPEKULASI?

Paling terbaru keluar pula foto brosur di Vietnam dan kali ini rupanya lebih jelas. Sama seperti foto spyshot yang kabur, perubahan paling ketara ialah bahagian lampu utama, manakala enjin masih kekal 149cc SOHC dengan transmisi 5-kelajuan.

Tetapi itu cuma pandangan kasar berdasarkan foto didedahkan. Yamaha mungkin saja menampilkan ciri baharu pada panel meter dan komponen lain seperti ekzos dan fork? Ataupun memperkenalkan dua varian, 155cc dengan teknologi VVA?

Apapun kemunculan Y15ZR versi facelift ini kami jangka bukan dalam masa terdekat memandangkan HLYM baru saja melancarkan model sportbike R15, hujung minggu lalu.

BACA >>> Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

Related

862
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kapcai, Moped, roda2, Spyshot, Yamaha, Yamaha Exciter 150 FI, Yamaha MX King, Yamaha Y15ZR, Yamaha Y15ZR Facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev