• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cukai Kenderaan Ikut Kadar Pelepasan Emisi, Motosikal Hibrid Bakal Laris di Thailand

Cukai Kenderaan Ikut Kadar Pelepasan Emisi, Motosikal Hibrid Bakal Laris di Thailand

July 31, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

468
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA satu tempat di dunia yang mana motosikal hibrid boleh laris: Thailand.

Skuter hibrid belum lagi jadi terkenal sebagai kenderaan alternatif hijau bagi segmen motosikal, tetapi sekurang-kurangnya bukan di Amerika Utara. Teknologi ini masih berharga tinggi dan kurang signifikan dengan ciri motosikal yang kita semua tahu memang sudah sedia jimat.

BACA >>> Honda PCX Hybrid Masuk Malaysia Suku Ketiga 2018

Di negara jiran, Thailand pasaran untuk moped mesra alam sedang berkembang. Malah, semakin popular. Pengeluar seperti Honda dan Yamaha kini sedang bekerja keras menyuntik dana kajian dan penyelidikan (R&D) dalam menghasilkan hibrid baharu untuk pasaran Thailand.

Tidak lama dahulu, Honda mengumumkan akan memperkenalkan skuter PCX versi hibrid ke pasaran pada September ini. Sebaliknya, Yamaha pula terlebih dahulu melancarkan Grand Filano Hybrid (2018), minggu lalu di Negara Gajah Putih itu. Dua model itu ialah cubaan pertama kedua-dua pengeluar dalam memasarkan jentra dua roda hibrid.


Kedua-dua model didatangkan dalam spesifikasi sama: enjin silinder tunggal 125cc yang dipadankan bateri 48V (Honda) dan 12V (Yamaha). Dua model itu juga akan bersaing secara bersemuka memandangkan itu sajalah jenama OEM yang menjadi penjual utama di Thailand.

BACA >>> Yamaha Grand Filano Hybrid Lancar di Thailand - 62k Baht (RM7.5k) Sahaja

Honda menjangka menjual 2,000 unit skuter hibrid itu setahun, manakala Yamaha lebih optimistik, iaitu 7,000 unit sebulan. Perbezaan harga utama boleh jadi sebabnya kerana Honda PCX dikatakan berharga hampir dua kali ganda berbanding Yamaha Grand Filano.

Pelancaran skuter hibrid itu seiring keputusan Bangkok mengenakan cukai motosikal berasaskan tahap pelepasan emisi berbanding sesaran enjin. Ini bermakna pelanggan yang membeli moped hibrid akan membayar cukai yang rendah berbanding motosikal konvensional.

Inisiatif yang bagus ditunjukkan Kerajaan Thailand. Malaysia pun sepatutnya mengikut jejak sama bagi merancakkan penggunaan kenderaan mesra alam. Boleh rendahkan lagi kadar cukai ataupun caj insurans. Ataupun ada pelepasan cukai pendapatan. Ada macam-macam cara boleh dilakukan untuk menggalakkan orang ramai beli kenderaan  hijau.

Setuju?

SUMBER: RideApart

Related

468
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Cukai, Honda, Honda PCX Hybrid, roda2, skuter, Thailand, Yamaha, Yamaha Grand Filano Hybrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my