• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tentang Subaru dan Type RA, Kenapa Begitu Istimewa dan Popular?

Tentang Subaru dan Type RA, Kenapa Begitu Istimewa dan Popular?

August 1, 2018 By Han Othman Leave a Comment

688
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBARU memperkenalkan model WRX STI Type RA-R versi pasaran domestik Jepun (JDM) sempena meraikan ulang tahun divisyen sukan permotoran jenama itu, STI kali ke-30. Soalannya, bilakah label Type RA ini mula popular, istimewa dan jadi arus perdana?

Kembali ke tahun 1990-an, kejayaan Subaru atas trek rali menjadi sebab utama kenapa pengeluar dari Jepun itu menghasilkan Impreza yang laju dalam versi lebih ringan dan mudah dikekang. Di sinilah lahirnya RA yang membawa maksud 'Race Altered', iaitu model yang diubah daripada versi lumba.

BACA >>> Subaru WRX STI Type RA-R Edisi JDM Sempena Ulang Tahun STI - 324hp, 500 Unit

Jika fiil memandu lebih penting berbanding tingkap kuasa dan lampu kabus, RA ringan ialah model yang sangat sesuai untuk anda. Type RA datang dengan janaan kuasa setinggi 280hp bersama berat diperhalusi, iaitu antara 1,020kg dan 1,270kg. Menariknya, ini bukan kereta di bawah divisyen STI, tetapi produk sampingan atau spin-off daripada gred WRX.

Type RA hanya ada dalam warna putih - Pure White - sahaja, dan datang dengan rim aloi 5 jejari perak-kelabu serta tanpa spoiler. Agak pelik kenapa kereta sebuas ini tidak diberikan spoiler yang sinonim dengan  jentera prestasi? Jawapannya, kurangkan berat! Pada masa sama, penampilan itu jugalah yang menjadi ciri khas Type RA.

SPIN-OFF KUASA TIGA

Subaru Impreza WRC (1995)

Ambil contoh model Subaru Impreza WRX V5 Type RA 555 WRC Limited Edition (1999)(foto bawah). Model bernama panjang ini cuma dihasilkan 1,000 unit dan dikatakan jentera spin-off kuasa tiga. 😛 Ia sengaja dibikin sempena meraikan kejayaan Subaru dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) era pertengahan 1990-an dulu di bawah label ikonik, 555. Ia juga jadi sebab kenapa Subaru cukup terkenal dengan warna biru - Sonic Blue - dan rim emas.

Walaupun dibina berasaskan RA ringan, model ini ada lampu kabus dan tingkap kuasa (dipasangkan semula). Malah, ada spoiler juga. Berat pula bertambah 30kg. Kalau RA ialah model rali versi street, tetapi yang ini di-mainstream-kan semula (perubahan kuasa tiga). Lihat foto asal di bawah ini:

Itupun masih juga dicari-cari peminat kereta seluruh dunia. Ini kerana walaupun edisi terhad, ia juga berbeza spesifikasi. Model ini misalnya dilengkapkan dengan kerusi biru cerah seperti model rali yang siap dengan sulaman 555 pada bahagian penyandar. Kerusi belakang jenis biasa, manakala spesifikasi lain ialah original daripada kereta rali klasik Impreza.

Kereta tersebut ialah milik seorang warga Britain dengan catatan perbatuan kira-kira 200,000km. Menurutnya, model itu diimport dari Jepun setahun lalu, dan dibeli daripada pemilik asal yang menjaganya selama 11 tahun. Bagaimanapun, set pemain CD bukan lagi versi original. Kondisi rim juga sangat cantik, mungkin sudah di-touch-up, manakala rupa fizikal masih elok.

BACA >>> Subaru Impreza - Jaguh Rali Jepun Paling Ikonik, Kalahkan Mitsubishi Evo

Brek cakera jenis lubang juga bukan original, tetapi mudah saja diganti versi asal. Pada harga £8999 (RM47,708) dengan sejarah WRX, bolehlah dianggap berbaloi dimilik buat masa sekarang sebelum harga semakin meroket naik beberapa tahun lagi.

SUMBER: CarThrottle

Related

688
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kejohanan Rali Dunia (WRC), RA, Race Altered, Roda4, Subaru, Subaru Impreza, Subaru Impreza WRX Type RA 555 Limited (1999), WRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev