TAHUN ini ialah ulang tahun ke-50 bagi Hot Wheels, jenama kereta mainan paling popular dunia. Bagi memeriahkan lagi ulang tahun separuh abad itu, Hot Wheels turut menyertai acara kustom automotif, Art of Speed Malaysia 2018 bertempat di MAEPS, Serdang bermula semalam dan hari ini.
Pada pameran auto itu, Hot Wheels menampilkan Pengurus Rekabentuk Produk Global, Dmitriy Shakhmatov yang meluangkan masa bertemu kanak-kanak, pengumpul koleksi dan peminat Hot Wheels, sambil menandatangani autograf berfoto, dan berbual tentang minatnya terhadap kereta.
HOT WHEELS® 50TH RWB PORSCHE 911
Menariknya, Art Of Speed Malaysia 2018 turut menyaksikan kemunculan pertama Rekaan Car Culture 2019 yang mendapat cetusan idea Shakhmatov dan turut dirasmikannya sendiri bersama wakil RWB Porsche, Christian Coujin. Model RWB Porsche 911 ialah model bersaiz sebenar yang dibina khas sempena meraikan ulang tahun yang ke-50 Hot Wheels. Lihat saja video daripada laman Facebook Hot Wheels di bawah ini.
Hari ini ialah hari terakhir Art of Speed Malaysia 2018, juga hari terakhir anda boleh mengunjungi reruai Hot Wheels. Sudah tentu ini berita baik buat pengumpul koleksi kerana anda berpeluang merebut Set Edisi Terhad sempena ulang tahun ke-50 Hot Wheels:
- Hot Wheels® 50th Black and Gold Collection
- Hot Wheels® 50th Originals Collection
- Hot Wheels® 50th Track Stars 5-car Pack
- Hot Wheels® 50th Anniversary Favourites
- Hot Wheels® 50th Zamac Flames Collection
- Hot Wheels® 50th Stars and Stripes Collection
- Hot Wheels® 50th Camaro Collection
- Hot Wheels® 50th Throwback Collection
- Hot Wheels® 50th Anniversary 10-car Pack
Hot Wheels juga akan mengadakan larian santai Made to Race pada 12 Ogos ini di Kuala Lumpur. Sebarang keterangan lanjut mengenai Hot Wheels boleh layari laman Facebook Hot Wheels atau laman web HotWheels.
KREDIT FOTO: ArtOfSpeedMalaysia
Leave a Reply