• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Ninja 250 (2018) Baharu Lancar di MAEPS! Harga Anggaran RM23k!

Kawasaki Ninja 250 (2018) Baharu Lancar di MAEPS! Harga Anggaran RM23k!

July 28, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motors Malaysia melancarkan sportbike suku liter terbaharu, Ninja 250 di pameran auto Art of Speed 2018 di MAEPS  dalam usaha memenuhi peminat-peminat jenama itu. Model itu direka berasaskan falsafah  pembangunan berpandukan penunggang, dipanggil 'Rideology'.

Menurut Kawasaki, Ninja baharu ini mengetengahkan penambahbaikan dari segi rekabentuk, ciri dan spesifikasi berbanding model terdahulu, sekali gus memberikan prestasi tunggangan dan pengendalian lebih baik kepada pemilik.

BACA >>> Perbandingan Spesifikasi Kawasaki Ninja 250: Baharu (2018) vs Lama

Platform yang sporty, ringan dan lincah ditawarkan Ninja 250 (2018) mampu memberikan keseronokan buat penunggang selain pada masa sama mengekalkan reputasi dan ciri menarik dimiliki famili Ninja.

Berikut perbezaan antara Ninja 250 versi lama dengan Ninja 250 (2018):

kawasaki-ninja-250-malaysia-2018-33
kawasaki-ninja-250-malaysia-2018-32
kawasaki-ninja-250-malaysia-2018-20

Apa dapat dilihat, Ninja 250 (2018) memberikan lebih kuasa kuda, iaitu 39hp berbanding Ninja lama (32hp). Tork juga dipertingkat pada 23.5Nm daripada 21Nm yang mampu menawarkan lebih daya kilas berbanding versi terdahulu 21Nm. Perbezaan lain ialah saiz brek cakera depan yang lebih besar, 310mm.

BACA >>> Perbandingan Rupa - Kawasaki Ninja 250 (2018) vs Honda CBR250RR vs Yamaha R25

Dimensi sportbike kali ini lebih pendek (1990mm, 2010mm), kurang lebar (710mm, 715mm) dan lebih tinggi (1125mm, 1110mm). Jarak roda lebih pendek (1370mm, 1400mm), manakala jarak kelegaan tanah ditinggikan (145mm, 140mm)

* Teks gelap ialah spesifikasi model terdahulu.

Secara keseluruhan, berat kerb Ninja 250 (2018) ialah 164kg, dikurangkan 8kg daripada 172kg. Lain pengurangan dilakukan ialah kapasiti tangki, iaitu cuma 14 liter, berbanding model lama (17 liter. Tidaklah dapat kami pastikan adakah kapasiti tangki minyak dikurangkan untuk mendapat berat badan yang lebih ringan?

Ada dua warna ditawarkan:

  • Passion Red / Metallic Flat Spark Black (merah)
  • Pearl Solar Yellow / Pearl Strom Gray / Ebony (kuning)

Harga? Seperti tertera foto di atas, jika mengambil kira anggara tanpa cukai barangan dan perkhidmatan, harga Ninja 250 (2018) ialah RM23,071.10. Namun harga pasti berubah selepas pengenalan cukai jualan (SST) nanti. Apapun anggaran harga ialah sekitar harga dinyatakan itu.

Menurut Kawasaki, Ninja 250 (2018) dijadualkan berada di pasaran pada pertengahan Ogos nanti, termasuk memuktamad harga akhir runcit.

Siapa sudah berminat?

GALERI

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Art of Speed 2018, Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia, Kawasaki Ninja 250, kawasaki ninja 250 2018, MAEPS, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev