BORNEO Safari 2015 sudahpun melabuh tirai dengan menyaksikan lebih 250 kenderaan yang diketuai oleh jentera Isuzu D-Max mengetuai konvoi masuk ke kawasan hutan belantara Sabah.
Acara selama lapan hari turut disertai tiga unit Isuzu D-Max yang membawa konvoi rakan media merasai sendiri pengalaman mengendalikan trak pikap ini dengan pelbagai halangan.
Ternyata trak pikap Isuzu D-Max berupaya membuktikan keupayaannya di atas apa jua laluan sukar. Perkara ini turut dibuktikan oleh wartawan permotoran majalah CAR Malaysia, Arvind Kumar yang menyertai Borneo Safari, baru-baru ini.
Menurut Arvin, ia kagum dengan prestasi D-Max yang mampu merentasi segala halangan tanpa sebarang masalah.
" Biarpun hanya menerima sedikit modifikasi, ia sudah mencukupi. Yang pasti, saya akan beritahu anak cucu tentang kehebatan D-Max ini," katanya.
Leave a Reply