• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Scoopy - Skuter Gaya Retro yang Jadi Fenomena di Indonesia

Honda Scoopy - Skuter Gaya Retro yang Jadi Fenomena di Indonesia

July 27, 2018 By Aryon 1 Comment

467
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALAU ditanya motosikal apa yang semakin popular dan digilai penduduk Indoensia ketika ini, jawapannya ialah Honda Scoopy. Buktinya, skuter retro itu mencatatkan angka jualan kukuh di republik tersebut dan cuma di belakang Honda BeAT, juga dalam segmen skuter.

Fenomena dicapai Scoopy itu dibuat berdasarkan perbandingan dengan pesaing lain dalam segmen sama, Yamaha Fino yang jualannya tidak sekencang Scoopy. Fino hanya mampu terjual sekitar 10,000an unit sebulan, manakala Scoopy mencatatkan rekod 60,000-70,000 unit sebulan. Jauh berkali ganda berbanding lawannya itu.

BACA >>> 10 Motosikal Paling Laris di Indonesia, Skuter Honda BeAT Jadi Kegilaan

Apatah lagi jika dibandingkan Suzuki Lets yang cuma mampu bertahan sekejap sahaja.

Sebenarnya, pada 7 tahun lalu, PT Astra Honda Motor (AHM) agak ragu mahu memperkenalkan skuter ini walaupun terlebih dahulu muncul di pasaran Thailand. Malah Yamaha Fino juga hadir lebih dulu di Indonesia. Alasan Honda ketika itu, motosikal gaya retro agak kurang mendapat tempat di hati pembeli Indonesia.

Kini dengan penampilan yang semakin retro, Scoopy nampaknya semakin laris. Terakhir, model tersebut melakukan perubahan pada sebahagian besar penampilan, termasuk tayar berukuran 12 inci yang menjadi ciri khas skuter klasik dunia.

Antara kelebihan Scoopy seperti diberitahu Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Produk AHM, Harsanindhitya Bagus adalah kerana imej klasik kental mengikut fesyen semasa yang sangat disukai golongan muda.

“Menunggangi skuter ini boleh menunjukkan identiti dan gaya hidup si pemiliknya,” kata Harsanindhitya.

BACA >>> Motosikal Terbaik Indonesia 2017 - Suzuki GSX R150 Pecah Dominasi Honda, Yamaha

Selain tampil unik dan mengikut trend, Scoopy juga hadir dengan ciri moden seperti konsol pengecaj telefon pintar. Tidak ketinggalan juga sistem penggera anti-kecurian, manakala bahagian depan dilengkapkan lampu projektor LED. Ruang storan bawa pelana menawarkan keluasan 15.4 liter.

Jangan lupa, faktor penjimatan bahan api daripada enjin 110cc turut sama menjadi faktor laris skuter ini, dan harga juga kompetitif, iaitu Rp18,000,000 (RM5,116). Jadi, memang tidak hairan Scoopy jadi fenomena di sana.

SUMBER: DapurPacu

Related

467
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Scoopy, Indonesia, PT Astra Honda Motor (AHM), roda2, skuter

Comments

  1. HO PEI YIN says

    April 30, 2019 at 1:40 PM

    Hi! May i know where can i buy the motor - Honda Scoopy-i? I'm interest to know more information and wish to buy this model. Kindly contact me at 012-6649392. Thanks

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev