BUGATTI, seperti mana pengeluar lain perlu memastikan pembeli tertarik dengan kereta buatannya dengan menambah beberapa ciri dan gimik baharu. Trik terkini, Bugatti memutuskan menebuk dua lubang pada bumbung Chiron. Hasilnya, kereta sport itu kini dilengkapi bumbung suria - Sky View!
Sky View terdiri daripada dua panel kaca dalam bumbung, satu atas pemandu dan satu lagi atas penumpang. Setiap panel berukuran panjang 25½ inci dan lebar 17⅓ inci. Kaca itu turut disalut supaya lebih kukuh, dan digelapkan untuk mengelakkan kepanasan serta dihasilkan lebih kuat.
BACA >>> 10 Fakta Pantas | Bugatti Chiron Sport Kini di Malaysia, Harga RM12j
Ia juga memberikan pemandu dan penumpang lebih ruang kepala iaitu kira-kira 1 inci.
Bugatti belum mengumumkan berapakah kos tambahan bagi opsyen tersebut, tetapi mereka yang berminat boleh membuat tempahan sekarang. Chiron dengan Sky View akan ditayangkan pada acara Monterey Car Week, Ogos ini.
SUMBER: AutoGuide
Leave a Reply