• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Perbandingan Awal [Siri 1]: Yamaha YZF-R15 (v3) vs FZ150i

Perbandingan Awal [Siri 1]: Yamaha YZF-R15 (v3) vs FZ150i

July 26, 2018 By ZY 2 Comments

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) belum mendedahkan sebarang informasi rasmi, hakikat bahawa sportbike 150cc terkini mereka, YZF-R15 bakal membuat kemunculan sulung di arena permotoran tempatan dalam masa terdekat sememangnya tidak dapat disorokkan lagi.

Kepada anda yang masih belum tahu (walaupun selepas beberapa artikel kami keluarkan), YZF-R15 ialah jentera sportbike fairing penuh dengan asas sama seperti jentera street-naked Yamaha, FZ150i. Jadi, kedua-duanya menggunakan enjin SOHC 4-lejang, silinder tunggal 150cc penyejukan cecair yang disokong frem Deltabox - frem yang dikhususkan untuk model prestasi tinggi Yamaha.

BACA >>> Perbezaan Yamaha R15 v3.0: India vs Indonesia, dan Ramalan Versi Malaysia?

Persamaan antara kedua-dua model itu boleh dikatakan terhenti di situ sahaja. Walaupun dengan enjin dan frem yang (hampir) sama, kedua-dua jentera berkenaan mempunyai karakteristik berbeza, sesuai dengan kelas masing-masing; sportbike vs nakedbike.

Kepada anda yang masih berkira-kira sama ada berbaloi mahu dapatkan R15 selepas kemunculan rasmi hujung minggu ini, berikut ialah beberapa perbezaan yang ada pada sportbike 4-lejang 150cc sulung Yamaha itu:

1. GAYA DAN ERGONOMIK

Jelas sekali, kedua-dua jentera ini memberikan impresi berbeza pada pandang pertama. Bukan saja R15 mempunyai rekabentuk lebih moden, malah mempunyai ergonomik sebuah jentera sukan sebenar.

Perhatikan perbezaan aras hendal R15 (kiri) vs FZ150i (kanan)

Apa yang dimaksudkan, menunggang R15 memerlukan penunggang lebih menunduk ke depan berbanding FZ150i yang lebih menegak dan santai.  Bagi kegunaan harian, ergonomik R15 ini bakal membuatkan penunggang lebih cepat rasa lenguh pada pergelangan tangan dan pinggang.

Sebaliknya, dengan lebih 10 tahun di pasaran, FZ150i terbukti sebagai jentera naked 150cc yang sangat selesa, lantas jadi pilihan utama mereka yang sering menunggang jarak jauh. Namun, tidak dinafikan, rekabentuk R15 yang sangat gah bagi sebuah jentera 150cc mampu membuatkan ramai bakal pembeli sanggup berkompromi dengan aspek ergonomik.

2. CIRI

Gaya sporty R15 dihebatkan lagi dengan sistem suspensi depan jenis terbalik (upside down/USD) yang kebiasaannya hanya didapati pada jentera prestasi tinggi. FZ150i tiada ciri ini, termasuk jentera Yamaha yang lebih mahal dan popular seperti YZF-R25, MT-07 dan XJ6.

R15 versi 2018 (buat masa ini hanya di luar negara) didatangkan dengan fork USD keemasan.

Selain suspensi USD, lampu depan dan brek R15 dinaik taraf menggunakan jenis LED, menjanjikan pencahayaan yang lebih jelas dan terang, berbeza FZ150i yang masih menggunakan lampu mentol biasa.

Panel meter turut dinaik taraf. R15 dilengkapi panel meter digital penuh dengan tambahan ciri seperti indikator gear dan penggunaan petrol, yakni ciri asas yang tiada pada meter FZ150i dan lampu indikator tukar gear yang ada pada abangnya, YZF-R25. Unik bagi R15 (dan skuter NVX), panel meter turut ada indikator VVA. Apakah VVA? Teruskan membaca.

Paddock stand ialah aksesori wajib bagi pemilik sportbike.

Tetapi sebelum teruskan ke topik seterusnya, perlu kita tahu jentera sportbike moden tiada tongkat tengah. Jika anda kali pertama menaik taraf kelas motosikal kepada sportbike, jangan terkejut atau menyumpah jika tongkat itu lesap saat kali pertama mahu meminyakkan rantai. Sila dapatkan paddock stand seperti gambar di atas.

BACA >>> Perbandingan Awal [Siri 2]: Yamaha YZF-R15 (v3) vs FZ150i - K.U.A.S.A

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autotainment, HLYM, Hong Leong Yamaha Motor, Modenas, modenas pulsar NS200, modenas pulsar RS200, modenas rs200, motosikal, R15, R15 V3, roda2, sembang deras, sportbike, vtec, Yamaha, Yamaha FZ150i, Yamaha R15, Yamaha R15 V3

Comments

  1. Siketot58 says

    July 27, 2018 at 1:06 PM

    Yamaha tak pernah mengecewakan peminat2 setia jentera dari keluaran terbaru yamaha..setiap keluaran model2 motor yamaha pasti membuatkan ribuan peminat berasa teruja untuk memiliki jentera2 keluaran yamaha itu sendiri..good luck yamaha malaysia all the best!!!

    Reply
  2. Daniel says

    August 16, 2018 at 10:04 PM

    adakah sport exhaust yamaha fz150i muat utk yamaha r15 v3?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev