• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pertandingan Servis Selepas Jualan: Proton Anjur Cabaran Uji Kepakaran Staf Sendiri

Pertandingan Servis Selepas Jualan: Proton Anjur Cabaran Uji Kepakaran Staf Sendiri

July 24, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON buat kali pertama menganjurkan Pertandingan Servis Lepas Jualan 2018 yang berlangsung sepanjang 20 Julai hingga 19 Ogos ini bagi menguji kemahiran, kepantasan dan ketepatan staf selepas jualan Proton.

Pertandingan itu, yang menjadi sebahagian inisiatif pengurusan bakat Proton, akan menjadi platform bagi menyerlahkan kebolehan dan kualiti kerja dalam mengendalikan kenderaan pelanggan, termasuk menawarkan lawatan insentif dan ganjaran hadiah wang tunai bernilai RM50,000 kepada pemenang.

KOMITMEN BERTERUSAN

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, pertandingan itu ialah sebahagian usaha berterusan Proton untuk meningkatkan kemahiran juruteknik dalam memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

"Pemenang berpeluang berkunjung ke Shanghai, China dan mereka berpeluang melangkah kaki ke ibu pejabat dan Pusat Penyelidikan Geely.

"Lawatan ini secara tidak langsung akan membuka mata juruteknik tempatan kami untuk meneroka lebih mendalam
tentang keupayaan Geely dalam merekabentuk dan membangunkan kenderaan yang lengkap," katanya.

BACA >>> #PanduUji: 'Proton 1 Tank Adventure' - Isi Penuh Saga Boleh Pergi Sejauh 650km!

Sepanjang pertandingan, juruteknik Proton akan saling bersaing sesama sendiri di peringkat daerah. Peserta akan diberi tugas membaik pulih enjin dengan diminta membuka dan memasang semula enjin Proton VVT dalam masa tiga jam. Pemenang akan dinilai berdasarkan kelajuan, ketepatan dan kecekapan menyelesaikan masalah sepanjang proses tersebut.

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abdul Rashid Musa, Geely, Pertandingan Proton, Pertandingan Servis Lepas Jualan Proton 2018, Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev