PEMINAT jentera prestasi dari Jepun pasti mengenali nama Nismo sebagai divisyen talaan dan perlumbaan Nissan. Antara model yang pernah mendapat sentuhan jurutera Nismo ialah GT-R, 370Z, Juke, Micra/March, Versa/Note dan banyak lagi.
Terbaharu, Nismo menggunakan kepakarannya untuk model elektrik Leaf.
Selepas beberapa tahun tampil dalam bentuk model konsep, Nissan terkini mendedahkan Leaf Nismo versi pengeluaran yang akan menjengah pasaran Jepun. Bagaimana, tiada sebarang perubahan dibuat ke atas trenkuasa, sebaliknya menawarkan naik taraf pengendalian dan visual.
BACA >>> Nissan GT-R NISMO GT3 - RM2.1 Juta, Kini Tempahan Dibuka
Unit kawalan elektronik (ECU) dikalibrasi semula bagi mendapatkan respon pecutan yang lebih baik, termasuk dipasangkan suspensi talaan semula dengan rim aloi 18 inci bersama tayar ekstra cengkaman. Semua kemas kini tersebut akan saling bekerjasama dengan sistem stereng kuasa elektrik, dan aerodinamik dipertingkat bagi meningkat dayabawah (downforce) tanpa mengabaikan pekali seretan (Cd) Leaf.
Kemas kini lain, termasuk bampar baharu (depan dan belakang), gril baharu, lampu siang (DRL) LED dan lambang Nismo di dalam dan luaran.
LEBIH SPORTY
Rupa dalaman juga dipertingkat dengan roda stereng sporty yang dibalut Alcantara dan kulit dengan tanda merah di tengah. Pedal anjakan, instrumen, upholsteri dan trim lain juga tampil unik bagi model Nismo ini.
BACA >>> Nissan Lancar 'Warisan Nismo' untuk Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Ikonik
Nissan mendakwa pihaknya tiada pelan untuk membawa Leaf Nismo ke pasaran luar selain Jepun. Jadi tidak perlulah membuang masa bertanya kepada mana-mana pengedar Nissan luar negara. Menurut Nissan lagi, Leaf versi Nismo dijangka membantu menarik minat pembeli terhadap kenderaan elektrik (EV) selain mencapai objektif jualan sejuta unit EV menjelang 2022 di Negara Matahari Terbit itu.
GALERI
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply