• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Komponen CKD Saja Tiada Cukai, Kereta Siap Pasang Akan Kena SST! - Kastam

Komponen CKD Saja Tiada Cukai, Kereta Siap Pasang Akan Kena SST! - Kastam

July 19, 2018 By Han Othman Leave a Comment

436
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERLAKU sedikit keributan di media massa apabila tular mengenai senarai barang disiarkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang kononnya cukai jualan (SST) dikecualikan ke atas kenderaan penumpang bermotor bermula 1 September nanti.

Namun berita itu pantas dinafikan JKDM yang mendakwa ia sudah disalah tafsir. Jadi, berdasarkan kenyataan media kiriman JKDM tadi, dapatlah disimpulkan secara terang lagi bersuluh bahawa:

1. Kenderaan penumpang bermotor memang dicadang dikenakan SST.

2. SST cuma DIKECUALIKAN ke atas komponen terurai untuk kenderaan pemasangan tempatan sahaja (CKD). Ini bermakna apabila sesebuah kenderaan CKD itu siap dipasang, ia adalah tertakluk kepada cukai SST. Faham!


Ulasan kami pula, jika kita baca poin 3 dalam siaran media JKDM (gambar bawah)👇🏼, ada tertulis frasa 'dicadang' (ayat penuh: JKDM ingin menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan).

Soalannya, adakah itu bermaksud SST ke atas kenderaan penumpang masih lagi tertakluk kepada perubahan dan masih belum muktamad? Bukankah kalau frasa 'dicadang' itu digugurkan, kenyataan jadi lebih jelas? (Contoh ayat:JKDM ingin menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan).

Sabar, saja nak meriuhkan suasana. Hehehe...

Apapun, apa yang boleh disahkan SST hampir pasti (sebab ada tulis 'dicadang') 😛 dikenakan ke atas kenderaan dan memang rasional untuk dilakukan kerana perolehan daripada cukai itu akan menjana pendapatan Kerajaan yang kemudian akan dipulangkan semula kepada rakyat.

Clear tak ni?

Related

436
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cukai, Cukai Jualan (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), JKDM, SST

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev