HONDA Civic Type R didedahkan kepada umum kira-kira setahun setengah lalu dan kini sudah siap sedia muncul dalam versi dipertingkat atau facelift.
Terbaharu, kelibat sedan itu dikesan sedang diuji di Eropah dalam rupa samaran pada bahagian depan yang tampak identik seperti model sedia ada. Bagaimanapun, pandangan dekat mendapati bahagian ambilan udara sudah diubah suai, termasuk beberapa gaya badan.
BACA >>> Kuasa Honda Civic Type R dengan Kit Prestasi (Tambah 47hp, 98Nm)
Bahagian belakang juga diubah yang mana model prototaip putih kelihatan dipasangkan bampar baharu, manakala bampar depan dapat dilihat ventilator horizontal. Prototaip merah pula menggunakan rupa depan sedia ada dan spoiler kecil.
Ini bermakna, apakah Honda akan memperkenalkan dua jenis spoiler untuk Type R versi facelift nanti, iaitu versi lumba dan kurang agresif?
Ciri kabin dijangka kekal sama, dengan sistem infotainment mungkin dikemas kini dengan memuatkan tombol kawalan volum. Ada perubahan kecil bakal dibuat yang akan meletakkan Civic Type R sebaris model Honda baharu lain seperti Insight dan Pilot facelift.
BACA >>> Pecah Rekod Lagi, Honda Civic Type R Catat Masa Terpantas di Spa-Francorchamps!
Apa yang belum pasti ialah aspek perubahan enjin. Model sedia ada menggunakan enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo berkuasa 306hp dan tork 400Nm dengan transmisi manual 6-kelajuan yang dihantar kepada roda depan menerusi diferensial gelincir terhad (LSD).
Tetapan digunakan sekarang sudah cukup menjadikan Civic Type R sebagai juara ketika mencatatkan rekod sedan FWD terpantas di beberapa litar Eropah seperti Nürburgring, Spa-Francorchamps, Silverstone dan Circuit de Nevers Magny-Cours di Perancis. Apakah ada perubahan lagi ke atas enjin sedan tersebut?
GALERI
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply