• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan GT-R50 Italdesign Tampil Mengancam di Goodwood, Rai Ulang Tahun ke-50

Nissan GT-R50 Italdesign Tampil Mengancam di Goodwood, Rai Ulang Tahun ke-50

July 18, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


NISSAN GTR-50 baharu hasil sentuhan firma rekabentuk terkemuka, Italdesign melakukan debut antarabangsa pada acara Goodwood Festival of Speed, Britain dengan gaya badan tajam.

Konsep tersebut ialah kerjasama antara Nissan dan Italdesign sempena  meraikan ulang tahun ke-50 kedua-dua syarikat. Bergantung maklum balas, GT-R50 mungkin dihasilkan sebagai model edisi terhad yang tidak lebih 50 unit pada harga sekitar €900,000 (RM4.2 juta).

GT-R50 direka berdasarkan model GT-R Nismo terbaharu, tetapi dimuatkan rekabentuk badan dan dalaman baharu daripada sentuhan pereka Italdesign. Sorotan penampilan bertumpu kepada rupa lampu depan tir, garis bumbung rendah, tingkap belakang cerun dan lampu belakang kembar terapung dengan tengah berongga. Cat badan menggunakan warna dua tona iaitu Liquid Kinetic Grey (kelabu) dan Energetic Sigma Gold (emas) sebagai aksen.

nissan-gt-r50-italdesign-debut-16
nissan-gt-r50-italdesign-debut-21
nissan-gt-r50-italdesign-debut-19

SERBA BAHARU DAN UNIK

Ruang kabin mendapat papan pemuka baharu dan menampilkan dua kemasan gentian karbon berbeza, termasuk perincian emas dan set kerusi bucket karbon. Enjin V6 3.8L twin-turbo ditala semula menghasilkan kuasa 710hp @ 7,100rpm dan tork maksimum 780Nm @ 3,600-5,600rpm, hasil tambahan turbo besar yang diambil daripada kereta lumba GT3 dan komponen dalaman heavy-duty.

Naib Presiden Senior bagi Rekabentuk Global Nissan, Alfonso Albaisa berkata, Goodwood Festival of Speed ialah tempat ideal untuk mempamerkan Nissan GT-R50 daripada Italdesign dengan menggabungkan kuasa dan kesenian sempena meraikan 50 tahun dalam menyalakan impian pelanggan.

"Sama seperti prototaip itu sendiri, Goodwood ialah perayaan rekabentuk, prestasi, sedikit minat dan rasa cinta kepada sejarah dan kreativiti automotif masa depan. Ini tempat sempurna untuk mempamerkan kenderaan unik yang akan membangkitkan imaginasi orang ramai untuk bermimpi lebih besar," katanya.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Alfonso Albaisa, Goodwood Festival of Speed, Italdesign, Nissan, Nissan GT-R, Nissan GT-R50, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev