• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Tentang Standard Keselamatan Helmet yang Perlu Anda Tahu

Tentang Standard Keselamatan Helmet yang Perlu Anda Tahu

July 18, 2018 By ZY Leave a Comment

977
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAK bergaya dan berharga mahal, tetapi belum tentu berkualiti.

Baru saja minggu lalu, sebuah premis jualan aksesori motosikal di ibu kota diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) kerana menjual helmet tanpa penarafan SIRIM, malah tiada juga sebarang pengiktirafan daripada agensi keselamatan helmet antarabangsa.

Lebih buruk, semua helmet itu sudah banyak terjual, menandakan betapa ramai penunggang motosikal masih tidak mengambil berat mengenai isu keselamatan helmet. Asalkan nampak bergaya dan berjenama, serta berharga mahal, pastinya berkualiti. Betul?

BACA >>> Tentang Helmet Senyap yang Perlu Anda Tahu

Tidak sama sekali! Setiap pengeluar helmet perlu memastikan produk dihasilkan menepati piawaian keselamatan ditetapkan, setidak-tidaknya mematuhi standard tempatan. Semestinya jadi kesalahan jika ada mana-mana pengeluar menggunakan logo cap piawaian dengan sewenang-wenangnya.

Lihat saja video ujian perlanggaran di bawah ini yang dilakukan pengedar helmet dan aksesori motosikal dari Kanada, FortNine. Kesimpulannya, memang ada sebab kukuh kenapa kita sebagai penunggang motosikal perlu mendapatkan helmet berkualiti dengan standard keselamatan diiktiraf.

BACA >>> Helmet: Open Face vs Full Face, Mana Lebih Selamat?

Bagaimana pula jika tiada helmet di Malaysia yang mampu memuaskan cita rasa kita, dan berhajat mahu dapatkan produk itu dari luar negara?

Jawapannya, kita perlu tahu standard keselamatan helmet yang digunakan negara seluruh dunia bagi memastikan pembelian kita berbaloi dan tidak ditipu penjual. Berikut kami senaraikan beberapa standard keselamatan helmet yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk Malaysia.

Standard Keselamatan Antarabangsa

Dikeluarkan agensi Kerajaan:

Negara Standard Keselamatan
Amerika Syarikat DOT
Kesatuan Eropah (EU) ECE 22.05
Brazil NBR 7471
Taiwan CNS
Australia AS 1698-2006
Jepun SG atau JIS
New Zealand NZ 5430
Korea KS G 7001
Malaysia SIRIM
Thailand TIS
India IS 4151
Singapura PSB
Kanada CSA CAN3-D230-M85

Standard Keselamatan Badan Bebas

Dikeluarkan agensi Bebas:

Negara Asal Standard Keselamatan
Amerika Syarikat Snell
Britain (UK) ECE 22.05
Britain (UK) ACU Gold
Britain (UK) BSI (British Standards Institution)

Kenapa pula ada begitu banyak agensi (Kerajaan/Bebas) yang mengeluarkan standard keselamatan helmet? Kenapa tidak hanya satu standard diguna pakai?  Ikuti sambungan artikel ini dalam siri seterusnya.

Related

977
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, FortNine, helmet, Keselamatan Helmet, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP), Piawaian, PPDNHEP, roda2, sirim, Standard, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my