• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GWM dan BMW Tandatangan Usahasama Strategi NEV

GWM dan BMW Tandatangan Usahasama Strategi NEV

July 16, 2018 By Azhan O Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GWM dan BMW menandatangani kontrak usahasama (JV) dinamakan Spotlight Automotif Ltd dengan 50 peratus pegangan saham dipegang kedua-dua pihak, dan jumlah pelaburan keseluruhan bernilai CN¥5.1 bilion (RM3.08 bilion)

Berpangkalan di wilyaha Jiangsu, JV tersebut dianggarkan memiliki jumlah pengeluaran standard 160,000 unit kenderaan dan berpotensi menambah kapasiti pengeluaran tahunan bergantung kepada pelan masa depan. JV tersebut turut menyedikan produk dan perkhidmatan untuk pasaran antarabangsa.

Kerjasama itu akan menggalakkan proses globalisasi antara GWM dan BMW, termasuk mempromosikan pembangunan strategi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).

RAIH MANFAAT

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Canselor Jerman, Angle Merkel menerajui lebih lima pusingan persidangan konsultansi antara kerajaan China-Jerman di Berlin. Disaksikan pihak kerajaan China-Jerman, kontrak JV tersebut dimeterai antara GWM dan BMW.

Berdasarkan manfaat jelas, dan komunikasi pelbagai hala, kerjasama komersial tersebut ialah seiring trend dasar industri nasional dan memenuhi permintaan sosial bagi NEV yang terdiri daripada pemuliharaan tenaga, perlindungan alam sekitar dan kecekapan tinggi.

Menumpukan aspek NEV, JV itu akan menggabungkan teknologi, sumber dan kelebihan pengurusan kedua-dua pihak untuk membangunkan generasi baharu kenderaan elektrik bateri (BEV).

PEMBANGUNAN SUDAH BERMULA


GWM ketika ini sudah sedia membangunkan bidang teras NEV seperti motor, kawalan elektronik dan bateri kuasa dengan makmal pembuatan percubaan melibatkan sel, analisis mekanisme, PACK dan BMS (sistem pengurusan bateri), bengkel ujian bateri, pusat ujian dan pusat analisis.

Selain itu, pusat kajian dan penyelidikan (R&D) NEV baharu di Seongnam-si, Gyeonggi-do, Korea Selatan dan Lower Austria, Austria, yang dibina GWM, sudah pun membangunkan teknologi peneraju daripada sumber bakat kelas dunia dan syarikat tempatan di negara masing-masing.

Usahasama antara GWM dan BMW ialah contoh kerjasama terbuka dalam industri automotif di China dengan mengoptimumkan dan menggabungkan sumber antarabangsa. Ini secara tidak langsung membantu GWM dan BMW meluaskan pasaran antarabangsa berdasarkan manfaat diperoleh.

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angela Merkel, Auto Terkini, BMW, China, Globalisasi, GWM, Jerman, Joint Venture, Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), Li Keqiang, Usahasama (JV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev