SUPERMOTO Husqvarna FS 450 ialah pelumba tulen sebenar berdasarkan saudaranya, motocross FC 450. Kini motosikal itu sekali lagi mendapat pengemaskinian. Perubahan besar pertama pada 2016 ialah pengurangan berat badan, dan pada 2018 pengeluar motosikal dari Sweden itu memilih menaik taraf enjin 450cc dengan klac sliper Suter dan kawalan suis pemetaan baharu.
FS 450 Supermoto (2019) meneruskan lagi kemas kini yang menyaksikan penambahbaikan besar dari segi casis dan enjin. Apa agaknya yang menarik tentang supermoto ini:
1. Frem FS 450 (2019) kini bersalut biru dan lebih kuat untuk menambah baik maklum balas penunggang dan kestabilan atau jalan lurus. Berat subfrem gentian karbon dikurangkan sebanyak 272 gram.
2. Enjin 4-lejang silinder tunggal 449.9cc dikemas kini dengan kepala silinder direka semula bagi mengurangkan berat dan memberikan pakej komponen lebih kompak. Enjin ini mampu menjana kuasa 63hp itu selepas dihilangkan berat 453 gram dan kini cuma seberat 27.3kg.
3. Perubahan berat membolehkan FS 450 (2019) memiliki berat kering 103kg (tanpa bahan api dalam tangki minyak berkapasiti 7 liter). Motosikal ini 1.81kg lebih ringan berbanding FS 450 (2018).
4. FS 450 (2019) dilengkapi fork udara AER WP 48mm dan absorber tunggal belakang WP DCC. Pakej suspensi WP keseluruhan mendapat kemas kini tetapan untuk dipadankan dengan rigiditi frem, juga dikemas kini. Husqvarna mendakwa ofset klamp tripel (triple clamp) larikan CNC 16mm ialah direka khusus untuk beroperasi secara harmoni dengan fork depan.
5. Dengan sasaran mahu mendominasi perlumbaan Supermoto, FS 450 (2019) dilengkapi rim jejari hitam Alpina 16.5 inci (depan) dan 17 inci (belakang). Rim itu dipadankan dengan tayar slik Bridgestone 125/80 R420 dan 165/65 R420.
6. Ciri badan dan ergonomik turut dipertingkat untuk dipadankan dengan perubahan enjin kemas kini pengendalian.
7. FS 450 (2019) dijangka di pasaran pada September nanti. Harga masih belum diumumkan tetapi dianggarkan berharga sekitar AS$10,500 (RM42,540).
RINGKASAN HUSQVARNA FS 450 (2019)
- Badan direka semula.
- Kepala silinder SOHC direka semula (494 gram lebih ringan).
- Frem disadur biru meningkatkan rigiditi.
- Rebentuk subfrem 2-piece baharu (272 gram lebih ringan).
- Panjang slot pelarasan rantai meningkat sebanyak 5 mm.
- Tetapan kemas kini fork WP AER 48.
- Absorber WP DCC terdiri daripada piston baharu dan tetapan dikemas kini.
- Tangki minyak politena 7 liter dengan halaan kabel minyak baharu.
- Rim jejari Alpina dan tayar slik Bridgestone.
- Bar hendal ProTaper dengan lenturan baharu.
- Kawalan Traksi dan Luncur dengan tetapan diperbaharui
- Penghalaan kabel terotel baharu untuk memudahkan penyenggaraan.
- Kebuk resonans rekaan aliran dan silenser lebih kompak
- Sistem penyejukan dikemas kini dengan tiub tengah baharu
- Klac hidraulik Magura dengan sistem anti-hoping SUTER
- Brek Brembo berprestasi tinggi.
SPESIFIKASI
HUSQVARNA FS 450 (2019)
ENJIN
JENIS ENJIN: 4-lejang, Silinder tunggal
SESARAN: 449.9 cc
GEREK x LEJANG: 95mm x 63.4mm
NISBAH MAMPATAN: 12.75:1
PENGHIDUP | BATERI: Elektrik | Lithium Ion 12V 2.0Ah
TRANSMISI: 5 gear
SISTEM BAHAN API: Keihin EFI, badan terotel 44 mm
KAWALAN: 4 V / SOHC dengan rocker levers
BENDALIR: Pelinciran bertekanan dengan 2 pam minyak
NISBAH GEAR: 16:32 18:30 20:28 22:26 24:24 –
NISBAH PRIMER: 31:76
PACUAN AKHIR: 14:45
PENYEJUKAN: CECAIR
KLAC: Klac anti-hop SUTER, hidraulik Magura
PENGURUSAN ENJIN | PENCUCUHAN: Keihin EMS
CASIS
FREM: Keluli endul berganda tengah jenis 25CrMo4
SUBFREM: Gentian karbon kekuatan poliamida
BAR HENDAL: Pro Taper, Aluminum Ø 28/22 mm
SUSPENSI: WP USD AER 48, Ø 48 mm (depan); WP Monoshock dengan linkage (belakang)
SUSPENSI TRAVEL: 280 (depan) | 266 mm (belakang)
BREK CAKERA: Front/rear Ø 310 (depan) | 220 mm (belakang)
RIM: 3.50 x 16.5″ Alpina hitam, aluminium (depan) | 5.00 x 17″ Alpina hitam, aluminium (belakang)
TAYAR: 125/80-16.5″ (depan) | 165/65-17″ (belakang)
RANTAI: 5/8 x 1/4″
SILENSER: Aluminium
SUDUT KEPALA STERENG: 26.1°
OFSET KLAMP TRIPEL: 16mm
JARAK RODA: 1,475mm ± 10 mm
KELEGAAN TANAH: 290mm
TINGGI PELANA: 890mm
KAPASITI TANGKI (anggaran): 7 liter
BERAT, TANPA MINYAK (anggaran): 102.9kg
SUMBER: UltimateMotorcycling
Leave a Reply