• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Jarvish X-AR - Helmet Pintar HUD dengan Bantuan Alexa

Jarvish X-AR - Helmet Pintar HUD dengan Bantuan Alexa

July 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


ANDA kenal Alexa? Makwe ini sekarang bukan saja ada dalam telefon atau rumah, tetapi juga helmet. Sebuah syarikat start-up dari Taiwan memperkenalkan helmet baharu dengan memuatkan teknologi dibangunkan Amazon berupa pembantu virtual yang berfungsi memberikan maklumat dan membuat kawalan berasaskan arahan suara (boleh bayangkan 'Siri' dalam iOS)

Jarvish melancarkan helmet X tahun lalu, dan X-AR ialah versi kemas kini yang menawarkan tambahan paparan dongak (HUD) yang akan menghantar maklumat seperti keadaan trafik dan cuaca, notifikasi telefon pintar dan kawalan media secara terus dalam bentuk paparan visual pada visor helmet tanpa menjejaskan fokus penunggang.

BACA >>> Helmet: Open Face vs Full Face, Mana Lebih Selamat?

Mikrofon dan pembesar suara bina-dalam pula membolehkan penunggang mengawal maklumat menggunakan Alexa, misalnya mengubah tetapan media atau bertanya arah. Terima kasih kepada sensor definisi tinggi (HD) penuh 2K di belakang helmet, yang mana HUD juga akan berfungsi sebagai kamera pandang belakang.

Helmet pintar ini memiliki storan bina-dalam sebanyak 16GB untuk menyimpan media, peta dan rakaman video luar talian yang boleh ditambah hingga 256GB menerusi kad memori microSD. Malah dilengkapkan ciri Bluetooth dan WiFi dengan  hayat bateri yang mampu bertahan selama 4 jam itu, termasuk serasi dengan telefon pintar yang dikuasakan sistem operasi, iOS dan Android.

X-AR akan berada di pasaran pada awal 2019, dengan anggaran harga dijangka lebih AS$1,000 (RM4,040).

Kepada sesiapa yang tidak tahu siapakah Alexa, boleh layan video di bawah ini pula:

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Alexa, Amazon, Head-Up Dispay, helmet, Helmet Pintar, HUD, Jarvish X-AR, Paparan Dongak (HUD), Pembantu Virtual, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev