• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ariel Atom 4 dengan Enjin Honda Civic Type R - 315hp, 0-100kmj Sepantas 2.8 Saat

Ariel Atom 4 dengan Enjin Honda Civic Type R - 315hp, 0-100kmj Sepantas 2.8 Saat

July 15, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ARIEL memperkenalkan Atom generasi ke-4 walaupun sukar membezakan versi baharu ini dengan model terdahulu. Bagaimanapun, pengeluar kereta British kecil itu mendakwa model tersebut sebagai versi baharu sepenuhnya, kecuali penutup bahan api dan pedal brek/klac yang masih sama.

Bahagian paling penting Atom 4 baharu ini adalah terletak di sebalik bonet, ialah enjin sama yang biasa ditemui pada Honda Civic Type R terbaharu!

Unit 4-silinder  2.0L pengecasturbo dengan unit kawalan elektronik (ECU) jenama sendiri, dan dipadankan kotak gear manual 6-kelajuan berserta diferensial gelincir-terhad. Kuasa dihasilkan ialah 315hp, terima kasih kepada rekabentuk berat rendah yang membolehkan mesin trek ini memecut 0-100kmj sepantas 2.8 saat dan kelajuan maksimum 261kmj.

2019-ariel-atom-4-14
2019-ariel-atom-4-15
2019-ariel-atom-4-3

Kereta ini dilengkapi suspensi dikemas kini dengan damper Bilstein sebagai standard atau Ohlins (opsyen). Mengenai pilihan tambahan, pembeli dapat memilih sistem kawalan luncur dan sistem kawalan traksi (TC) daripada Atom V8. Juga rim depan dan belakang bersaiz 16 dan 17 inci yang boleh digantikan dengan material jenis gentian karbon.

Badan Atom 4 baharu ini mungkin nampak sama seperti model terdahulu, tetapi dihasilkan daripada gentian karbon bagi mengoptimumkan aliran udara. Malah Ariel mendakwa  daya bawah (downforce) turut dipertingkat, manakala drag kali ini lebih rendah.

BACA >>> Pecah Rekod Lagi, Honda Civic Type R Catat Masa Terpantas di Spa-Francorchamps!

Ariel akan menghasilkan kira-kira 100 unit setahun di kilang dekat Crewkerne, Somerset, England bersama motosikal Nomad dan Ace. Setiap unit akan dipasang seorang juruteknik.

Selain kilang di Britain, Ariel juga akan menghasilkan Atom 4 baharu bawah lesen di South Boston, Virginia, Amerika Syarikat, untuk pasaran Amerika Utara dan Selatan. Kedua-dua versi kereta tersebut akan memiliki spesifikasi yang identik.

Harga pasaran luar negara belum didedahkan. Namun,  untuk pasaran tempatan, kereta sport prestasi tinggi yang sah dipandu atas jalan itu akan dijual bermula £39,975 (RM212,834). Kereta pertama akan mula dihantar pada musim bunga akan datang. Tetapi sebelum itu, model trek akan debut pada acara Goodwood Festival of Speed ​​2018, minggu ini.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ariel, Ariel Atom 4, Honda, Honda Civic Type R, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev