• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati World: Taman Tema Motosikal Akan Dibuka di Itali

Ducati World: Taman Tema Motosikal Akan Dibuka di Itali

July 10, 2018 By Aryon Leave a Comment

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APA agaknya perasaan seorang mat motor kalau diberikan peluang bergembira di taman tema berkonsepkan motosikal? Ada Frozen-Commute Log Flume dengan visor berkabus, jari separa beku dan kaki basah? Bagaimana pula dengan Moped Thieves Haunted House yang mana telefon anda akan dicuri dan anda dipaksa melutut? Kalau Crap Wheelie Machine pula, anda akan berpeluang melakukan aksi wheelie sambil disorak murid sekolah macam seorang superstar MotoGP. 😛

Siapa sangka taman tema Ducati World akan menyediakan begitu banyak motosikal untuk dimainkan. Rupa-rupanya memang ada banyak pun. Taman tema itu bersedia menjadi sebahagian daripada taman tema terbesar di Itali, Mirabilandia yang berlokasi berhampiran Rimini di utara Itali dengan roller coaster Panigale gergasi sebagai tarikan utama.


Istimewa tentang coaster itu, Ducati membolehkan anda mengawal pecutan dan membrek dengan dua motosikal disusun selari di atas trek bersama deruman bunyi mengasyikkan. Juga ada kawasan riadah dan santai yang mempamerkan Scrambler, menunggang simulator, dan banyak lagi. Ini termasuk peluang membeli aneka kit jenama Ducati daripada kedai-kedai khas.

Upacara peletakan batu asas taman tema itu baru saja dilakukan bos Ducati, Claudio Domenicali, pelumba MotoGP Ducati Team, Andrea Dovizioso dan pelumba Superbike World Championship, Marco Melandri.

Taman tema Ducati World dijangka dibuka tahun depan. Kalau berminat boleh layari dulu laman web taman tema Mirabilandia. Mungkin boleh dijadikan destinasi percutian baharu anda kelak.

Related

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati World, Itali, Mirabilandia, roda2, roller-coaster, taman tema, Taman Tema Mirabilandia, Taman Tema Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev