• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 8 Fakta Pantas | Porsche Cayenne Generasi Ke-3 Kini di Malaysia - Harga Bermula RM745k

8 Fakta Pantas | Porsche Cayenne Generasi Ke-3 Kini di Malaysia - Harga Bermula RM745k

July 10, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORSCHE Cayenne generasi ketiga dilancarkan Sime Darby Auto Performance (SDAP) dengan menampilkan pengemaskinian baharu.

Cayenne ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan mewah yang mula diperkenalkan Porsche di pasaran massa bermula 2002. SUV ini juga ialah kereta sport off-road pertama dihasilkan Porsche sejak kali terakhir menghasilkan model traktor sekitar era 1950-an lalu.

Apa yang menarik tentang Cayenne generasi ketiga ini? Baca fakta pantas di bawah:

1. Pasaran Malaysia menerima 2 pilihan varian: Cayenne (RM745,000) dan Cayenne S (RM890,000). Harga ialah tanpa caj cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan hanya sah untuk model yang diserahkan sebelum 31 Ogos ini.

2. Cayenne dikuasakan enjin V6 pengecas turbo berkuasa 340hp dan tork 450Nm. Pecutan 0-100km/j mampu dilakukan sepantas 6.2 saat (5.9 saat untuk pakej Sport Chrono) dengan pecutan maksimum 245kmj.

3. Cayenne S menggunakan enjin 2.9L V6 twin-turbo berkuasa 440hp dan tork 55Nm. Varian ini memecut dari sifar ke 100km/j dalam masa 5.2 saat (Pakej Sport Chrono: 4.9 saat) dengan pecutan maksimum 265km/j.

3. Model Cayenne dipadankan kotak gear Tiptronic S 8-kelajuan.

4. Buat kali pertama, Cayenne dipasang stereng gandar belakang dan saiz tayar berbeza. Ciri tipikal kereta sports dipertingkatkan dengan ciri pacuan semua roda (AWD) aktif sebagai standard. Saiz minimum rim Cayenne ialah 19 inci, tetapi Porsche turut menawarkan opsyen saiz rim hingga 21 inci.

5. Panjang luaran ditingkatkan 63mm tanpa sebarang perubahan jarak roda (2,895mm) dan tinggi bumbung direndahkan 9mm. Kapasiti but kini bersaiz 770 liter dengan tambahan ruang sebanyak 100 liter.

6. Cayenne generasi ketiga ini juga lebih ringan 65kg berbanding sebelumnya dengan menggabungkan tiga konsep casis kenderaan dalam satu rekabentuk: sports, off-road dan touring.

7. Cayenne didatangkan dengan sistem Kawalan Casis 4D Porsche, suspensi udara dan sistem Kawalan Casis Dinamik Porsche (PDCC).

8. Ruang kabin dilengkapi unit kawalan tengah Porsche Communication Management (PCM) untuk sistem infotainment dengan skrin sentuh definisi tinggi (HD) saiz 12.3 inci yang sebelum ini dilancarkan menerusi Panamera baharu selain dua paparan HD penuh saiz 7 inci yang memaparkan semua data pemanduan pada bahagian meter.

GALERI
S

 

Related

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2018 Porsche Cayenne malaysia, Cayenne (2018), fakta pantas, Harga Porsche Cayenne, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Porsche, Porsche Cayenne, Porsche Cayenne 2018 malaysia, Porsche Cayenne Malaysia, Porsche Cayenne S, Roda4, Sime Darby Auto Performance (SDAP), SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev