• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Tucson (2015) - Harga Bermula RM129,888 Hingga RM143,888

Hyundai Tucson (2015) - Harga Bermula RM129,888 Hingga RM143,888

November 15, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Hyundai-Tucson-Pandulajudotcom-25

HYUNDAI-Sime Darby Motors melancarkan model SUV terbaharunya, Hyundai Tucson generasi ketiga dengan penampilan lebih maskulin dan mantap.

SUV baharu yang dibangunkan untuk pemanduan urban itu ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu Elegance dan Executive.

HARGA: (Termasuk insurans dan GST)

  • Hyundai Tucson Elegance - RM129,888
  • Hyundai Tucson Executive - RM143,888

Walau bagaimana, harga bagi kedua-dua varian ini akan dinaikkan sebanyak RM3,000 bermula 1 Januari 2016.

Hyundai-Tucson-Pandulajudotcom-24

7 WARNA MENARIK:

  1. Pure White
  2. Sepia Topaz
  3. Pepper Grey
  4. Platinum Silver
  5. Ruby Wine
  6. Ara Blue
  7. Phantom Black

JAMINAN:

Hyundai Tucson baharu didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 300,000km had perbatuan (mana-mana tiba dahulu).

PRESTASI:

Biarpun ditawarkan dalam dua varian berbeza, namum ia dijana unit enjin yang sama iaitu penggunaan nadi NU MPI bersesaran 2.0L bersama pacuan dua roda hadapan.

Enjin suntikan terus dengan 4-silinder itu dipadankan transmisi 6-kelajuan automatik Shiftronic yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 153hp pada 6,200rpm dan tork puncak 192Nm (4,000rpm).

Hyundai Tucson 2015

REKAAN FLUIDIC SCULPTURE 2.0

Sama seperti model Hyundai lain, Tucson masih menggunakan konsep rekaan Fluidic Sculpture 2.0 yang menjadikan ia tampak lebih menarik dan maskulin.

Hyundai-Tucson-Pandulajudotcom-19    Hyundai-Tucson-Pandulajudotcom-14

Hyundai-Tucson-Pandulajudotcom-15    Hyundai-Tucson-Pandulajudotcom-02 (1)

Dari pandangan hadapan, ia didatangkan dengan gril radiator yang lebar bersama lampu LED nyalaan siang. Manakala lampu belakang pula direka untuk menjadikan ia tampak lebih elegan dan sporty.

Hyundai-Tucson-Pandulajudotcom-08DALAMAN:

Memasuki ruangan kabin, rekaan dalaman tampak menarik memandangkan kemasan tempat duduk boleh dinaiktaraf kepada berlainan warna mengikut kehendak pengguna itu sendiri.

Untuk makluman, kemasan tempat duduk standard adalah warna hitam manakala pelanggan boleh memilih sama ada warna putih atau merah. Menarik bukan?

Rekaan papan pemuka pula ringkas dan padat. Ruangan tengah dipadankan dengan audio skrin sesentuh dengan sistem Android bersama navigasi.

Meter kluster bersama skrin warna bersaiz 4.2 inci pula mempamerkan pelbagai informasi pemanduan untuk memudahkan pemandu.

Hyundai-Tucson-Pandulajudotcom-13KESELAMATAN:

Aspek keselamatan turut menjadi keutaamaan pada Tucson baharu ini. Lebih daripada 50 peratus besi dibina dengan Advanced high-strength steels (AHSS).

Antara ciri keselamatan lain adalah enam beg udara (Executive), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Mula Mendaki (HAC), Kawalan Brek Menurun (DBC) dan Sistem Bantuan Brek (BAS).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Elegance, Executive, Hyundai Tucson, Hyundai-Sime Darby Motors, Kereta, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev