SEJAK Volvo Car Malaysia (VCM) memulakan program transformasi jualan dan servis selepas jualan, rangkaian Volvo semakin berkembang daripada empat kepada sembilan wakil jualan. Ini termasuk pembukaan pusat jualan baharu, Volvo Batu Pahat yang akan memberi akses kepada pelanggan di wilayah Selatan.
Dikendalikan AJ Premium Motors Sdn Bhd, pusat 3S (jualan, servis, dan alat ganti) itu menggunakan piawaian Pengalaman Runcit Volvo (VRE) selaras standard pengedar Volvo di Eropah yang bukan sekadar garis panduan estetika. Sebaliknya, turut menentukan tahap perkhidmatan yang diberikan pengedar.
Selain itu, pusat 3S itu akan mengetengahkan konsep ruang tamu berilhamkan Skandinavia yang mana pelanggan boleh berehat dalam suasana yang dilimpahi pencahayaan hangat dan udara bersih sambil dilayan eksekutif jualan.
"Ada minat yang semakin meningkat untuk model kami di Malaysia dan kami secara aktif menubuhkan pengedar di
kawasan strategik di sekitar Malaysia untuk memberikan perkhidmatan lebih baik," kata Pengarah Urusan VCM, Lennart Stegland.
Leave a Reply