• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Fiat 500 Spiaggina - Bangkitkan Memori Bercanda di Pantai Selatan Perancis

Fiat 500 Spiaggina - Bangkitkan Memori Bercanda di Pantai Selatan Perancis

July 9, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA musim panas 1958, pemandu dan pasangan akan memandu sambil bercanda merentasi selatan Perancis untuk menyaksikan gerombolan kapal layar berlabuh di pelabuhan sambil menikmati udara segar yang masuk ke dalam kabin terbuka Fiat 500 Jolly.

Pada masa itu, tiada kereta yang lebih sesuai untuk memandu santai di pantai selain Fiat 500 Jolly, kadangkala disebut sebagai 'Spiaggina', ('spiagg' bermaksud 'pantai' dalam bahasa Itali). Kini Fiat mencipta semula Spiaggina asli dengan bantuan pembuat kenderaan kustom, Garage Italia dari Itali.

Sama seperti versi asal, Fiat Spiaggina baharu ini memiliki cermin depan 'nautika' rendah dan tanpa bumbung, manakala kerusi belakang ditanggalkan untuk dijadikan ruang bagasi. Kemasan lain mengambil ilham musim panas, seperti warna luaran Volare Blue (biru) dan Pearl White (putih), lantai gabus dan upholsteri kulit putih bagi membangkitkan tema selatan Perancis sebenar.

SIAP SEDIA DIBELI


Apa yang istimewa tentang Fiat 500 Spiaggina baharu ini?

Kereta itu kini sudah siap sedia dibeli. Walaupun model seperti ditunjukkan di sini ialah versi one-off atau sebagai kereta pameran sahaja, Fiat sebenarnya ada mengeluarkan pelbagai alat ganti dan komponen kustom untuk pelanggan, seperti cermin depan rendah dan kompartment bagasi.

Kenderaan itu juga boleh dipasangkan dengan mana-mana enjin dalam barisan famili Fiat 500. Katakanlah trenkuasa itu ialah enjin 1.4L pengecas turbo daripada 500 Abarth, sudah tentu model ini akan jadi kereta yang cukup menarik diperkatakan.

Fiat juga menawarkan model siri khas - 500 Spiaggina '58 - yang kurang radikal untuk pengeluaran. Kereta tersebut menampilkan warna biru cerah dan putih yang sama seperti Garage Italia Spiaggina, dengan rupa vintaj pada rim besi steelie dan warna kabin biru dan putih, yang juga sama.

Menurut Fiat, ada 1,958 unit Spiaggina '58 dibina sempena memperingati ulang tahun Fiat Jolly yang ke-60 sekal kali pertama diperkenalkan pada 1958. Model edisi khas itu akan ditawarkan dalam varian enjin 1.2L (69hp) dan 0.9L (85hp).

Fiat 500 Spiaggina dan edisi khas, Spiaggina '58 akan mula dijual pada musim panas ini di Eropah.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Fiat, Fiat 500 Spiaggina, Fiat 500 Spiaggina '58, Garage Italia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev