• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SIC Sah Tubuh Pasukan Baharu MotoGP 2019, Yamaha YZR-M1 Jadi Jentera Taruhan

SIC Sah Tubuh Pasukan Baharu MotoGP 2019, Yamaha YZR-M1 Jadi Jentera Taruhan

July 6, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA peristiwa besar termeterai pada hari sama, semalam (5 Julai)) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Angel Nieto Racing Team (ANRT) mencapai persetujuan yang bakal menyaksikan penubuhan satu pasukan MotoGP baharu bagi musim 2019. Ini bermakna SIC akan mengambil alih dua kelas MotoGP yang diuruskan ANRT.

Jorge Martinez 'Aspar' dilaporkan akan memegang posisi sebagai Penasihat Sukan kepada pasukan baharu itu.

Beberapa jam kemudian, Yamaha pula mengesahkan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SIC, sekali gus menamatkan spekulasi tentang jentera yang bakal digunakan SIC. Jadi ramalan awal yang boleh dibuat,, SIC bakal menggunakan mesin Yamaha YZR-M1 bagi saingan MotoGP musim 2019, 2020 dan 2021 sebagai pasukan satelit bagi jenama motosikal dari Jepun itu.

BACA >>> Jorge Lorenzo dan Hafizh Syahrin Bakal Jadi Pelumba Petronas Yamaha MotoGP?

SIAPA PENAJA UTAMA?

Sebelum ini kecoh mengenai desas-desus Petronas sebagai penaja baharu kepada Yamaha sebagai pasukan satelit dalam MotoGP selepas berpisah dengan Tech3 yang beralih kepada KTM. Lebih sensasi, Dani Pedrosa (Repsol Honda) disebut-sebut sebagai pelumba sasaran, termasuk Hafizh Syahrin.

Sebelum ini, Jorge Lorenzo juga pernah dikaitkan dengan pasukan baharu Petronas, tetapi spelukasi tamat selepas beliau memutuskan menandatangani kontrak dengan Repsol Honda bagi menggantikan Pedrosa, musim depan. Ini bermakna, cuma Pedrosa yang masih memutuskan haluannya dalam saingan MotoGP 2019.

Cuma, Hafizh terlebih dahulu dilamar KTM yang bersekutu dengan Tech3, juga pasukan sama yang sedang menguruskan pelumba negara itu dalam saingan MotoGP musim ini.

Jadi, persoalan yang belum terjawab ialah adakah Petronas benar-benar menjadi penaja utama, sekali gus melengkapkan nama pasukan menjadi Petronas Yamaha SIC? Benarkah Pedrosa akan menjadi pelumba utama pasukan baharu itu? Siapa pula pelumba kedua?

Hmm...

SUMBER: MotoGP | MotoGP

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Angel Nieto Racing Team (ANRT), Auto Terkini, Hafizh Syahrin, Jorge Lorenzo, Jorge Martinez "Aspar", Litar Antarabangsa Sepang (SIC), MotoGP 2019, Petronas, roda2, SIC, Tech3, Yamaha, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my