• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 10 Fakta Pantas | Bugatti Chiron Sport Kini di Malaysia, Harga RM12j

10 Fakta Pantas | Bugatti Chiron Sport Kini di Malaysia, Harga RM12j

July 5, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS tayangan perdana di Singapura bulan lalu, kini Bugatti Chiron Sport (2019) tiba pula di Malaysia. Dibawakan Wearnes Automotive Pte Ltd Singapura selaku pengedar rasmi Bugatti di Asean, Malaysia ialah negara kedua menerima model tersebut selepas jiran seberang tamba ituk.

Jangan ditanya pasal harga kerana hanya mereka yang super kaya dan VVIP terpilih sahaja yang boleh memiliki model ini. Malah, perlu pula menunggu tiga tahun untuk mendapatkan model yang ditempah.

Sekarang kita baca fakta pantas tentang Bugatti Chiron Sport ini:

1. Prestasi Bugatti Chiron Sport (2019) kekal sama, tetapi disuntik beberapa penambahbaikan signifikan daripada aspek pengendalian dan ketangkasan.

2. Anggaran harga model Bugatti Chiro Sport di Malaysia ialah €2.65 juta (RM12.53 juta) tanpa cukai atau ciri tambahan. Model versi pameran Malaysia ini berharga €3 juta (RM14 juta) kerana dilengkapkan komponen gentian karbon.

3. Sebanyak 500 unit Chiron yang dikeluarkan sudahpun habis ditempah walaupun Bugatti hanya mengeluarkan kenderaan versi pemanduan sebelah kiri (LHD).

4. Berat Chiron Sport dikurangkan 18kg dengan penggunaan rim ringan dan komponen gentian karbon, termasuk pengelap cermin. Bahagian suspensi dikemas kini dengan absorber ditala 10 peratus lebih keras, manakala stereng diubah suai tanpa mengorbankan respons pengendalian.

5. Pengubahsuaian dilakukan turut memberikan kesan terhadap mod pengendalian menerusi padanan diferensial gandar belakang optimum dan Pemvektoran Tork Dinamik (DTV) untuk respons lebih tajam dan keras serta pengalaman prestasi lebih baik di selekoh.

6. Didatangkan dengan enjin 8 liter W16 quad-turbocharger (1500hp/ 1600Nm), dan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, hypercar ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 2.6 saat dengan kelajuan maksimum 420kmj.

7. Mampu mencapai potensi pengendalian sepenuhnya walaupun berada di selekoh pada kelajuan lebih 200kmj.

8. Rupa luaran Chiron Sport (2019) dibezakan menerusi kemasan gentian karbon dan rim khas.

9. Kemasan kabin menampilkan sulaman lambang Chiron Sport pada konsol tengah dan lambang Sport pada sil pintu. Kemasan hitam dipadankan pada punat tekan-mula, opsyen mod pemanduan, dan plat pemasaran.

10. Chiron Sport (2019) tampil  dalam warna Italian Red (merah) dengan kemasan kontras gentian karbon (kelabu) dan kabin hitam berserta sulaman jahitan merah. Model ini juga boleh didapati dalam warna French Racing Blue (biru), Gris Rafale (kelabu), dan Gun Powder.

GALERI

Related

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bugatti, Bugatti Chiron, Bugatti Chiron Sport (2019), hypercar, Kereta Sport, Roda4, Supercar, Wearnes Automotive Pte. Ltd Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev