• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 790 Duke Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM64,800

KTM 790 Duke Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM64,800

July 4, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini kami ada melaporkan tentang ketibaan streetfighter KTM 790 Duke ke pasaran tempatan. Model itu dikatakan mengambil masa pembangunan selama tiga tahun melibatkan ujian enduran 604,800km untuk ujian dyno dan 900,000km, ujian jalanan.

Kini, jentera itu dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan kini sudah berada di pusat jualan KTM seluruh negara.

HANTARAN KUASA MIRIP STREETFIGHTER

KTM 790 Duke dijana enjin dwi silinder sebaris 799cc DOHC 4-injap yang mampu menghasilkan kuasa 105hp pada 9,000rpm dan tork 87Nm (8,000rpm). Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Jentera ini didatangkan dengan aci engkol bersudut ofset 75° yang memberikan karakter kuasa hampir sama seperti streetfighter KTM lebih buas, 1290 Duke, enjin V-Twin 75°. Menurut KTM, enjin V-Twin sebenarnya hampir saja digunakan 790 Duke, tetapi diubah kepada dwi silinder sebaris supaya lebih kompak dan ekonomi.

Sementara itu, sistem ride-by-wire memberi jaminan kelancaran tunggangan dan penjimatan bahan api serta pelepasan emisi rendah.

KINI DI PASARAN - CUMA RM64,800!

Menerusi pengumuman KTM Malaysia, 790 Duke aka The Scalpel (Pisau Bedah) ditawarkan pada harga agak kompetitif, iaitu, RM64,800 sahaja (dengan GST sifar, tanpa cukai jalan+insurans).

Berikut ciri penting yang perlu anda tahu tentang 790 Duke versi Malaysia:

  • Teknologi Ride-by-Wire dengan 4 mod tunggangan - Sport, Street, Rain dan Track (mod kustom individu).
  • Mod Supermoto sebagai mod berasingan - Membolehkan penunggang menyahaktif Kawalan Traksi (TRC) dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) pada roda belakang.
  • Paparan meter digital LCD TFT berwarna dengan sokongan aplikasi sambungan telefon pintar, MY RIDE.
  • Bar hendal boleh laras 12 tetapan.
  • Damper stereng sebagai standard untuk meredamkan situasi stereng gelupur atau tank slapping.
  • Kawalan elektronik penuh, terdiri daripada TRC yang mengesan sudur miring, Belokan ABS, Regulasi Gelincir Motor (MSR), Kawalan Wheelie dan Kawalan Luncur.
  • Quick Shifter, tidak perlu lagi menukar gear menggunakan klac.
  • Menggunakan frem tubular krom molibdenum yang dipotong menggunakan laser dan kimpalan robot dengan kemasan permukaan lebih halus. Frem ini bukan menyumbang kepada geometri casis cemerlang tetapi menawarkan kekuatan lebih baik. Ini membolehkan penumpang melayan selekoh dengan respons ekstrem.
SPESIFIKASI - KTM 790 DUKE

JENIS ENJIN: 2-silinder, 4-injap, DOHC, parallel twin
SESARAN: 799cc
GEREK x LEJANG: 88mm x 65.7mm
KUASA: 77 kW (105 hp) @ 9000 RPM
TORK: 87 Nm @ 8000 RPM
NISBAH MAMPATAN: 12.7:1
PENGHIDUP: Elektrik
TRANSMISI: 6-kelajuan
SISTEM BAHAN API:  DKK Dell ‘Orto (badan terotel 42mm)
SUSPENSI: WP-USD ø 43 mm (depan); Penyerap hentak WP (belakang)
SUSPENSI TRAVEL: 140mm (depan); 150 mm (belakang)
BREK DEPAN: kaliper 4 piston, brek cakera 300mm (depan); kaliper 2 piston,  brek cakera 240mm (belakang)
ABS: Bosch 9.1 MP (termasuk selekoh ABS dan Supermoto ABS, boleh nyah aktif)
RIM: aluminium tuang 3.5 x 17 inci (depan); 5.5 x 17 inci (belakang)
TAYAR: 120/70 ZR 17 (depan); 180/55 ZR 17 (belakang)
SUDUT KEPALA STERENG: 66º
TRAIL: 98mm
JARAK RODA: 1,475mm ± 15mm
JARAK KELEGAAN TANAH: 186mm
TINGGI PELANA: 825mm (standard); 805mm (pelana rendah)
SAIZ TANGKI MINYAK: 14 liter
BERAT: 174 kg

GALERI

Related

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM, KTM 790 Duke (2018), KTM Duke, ktm malaysia, roda2, streetfighter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev