• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Honda C70 MopedKing Mengancam

Honda C70 MopedKing Mengancam

November 14, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-02

PERNAHKAH anda terfikir motosikal kapcai Honda C70 yang memiliki lampu bulat di hadapan dikustomkan menjadi seperti apa anda saksikan sekarang.

Walaupun seakan mustahil, tetapi itulah realitinya apabila jentera Honda C70 keluaran 1989 ditransformasi dengan ekstrem sehingga sering menjadi perhatian ramai.

REKAAN EKSTREM

Boleh dikatakan hampir keseluruhan tubuh badan jentera ini diubaisuai. Bermula dari fork hadapan dipotong dan dikustomkan semula menjadikan ia lebih lebar semata-mata mahu memuatkan rim gergasi.  Swing arm jenis Yamaha 135 LC turut digunakan.

Manakala pemegang basikal jenama Rizoma dipadankan dengan riser buatan kustom bersama pendikit minyak Daytona dan pam brek cakera depan serta belakang. Ruangan brek pula diserahkan  kepada kaliper dari Brembo.

Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-10
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-09
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-08
honda c70 mopedking

Bagi memastikan ia lebih kukuh dan stabil, pemiliknya menambah swing arm pada badan jentera dan kemudian disambungkan kepada suspensi monoshock. Tempat duduk pula direka khas dengan mementingkan aspek keselesaan.

Dari pandangan depan pula, dua unit lampu dipasangkan bersama lampu signal berbentuk klasik. Bahagian belakang tidak kurang hebatnya apabila menerima lampu belakang LED.

Lebih istimewa, tugas ruangan roda diserahkan kepada rim kereta berjenama Atara Racing berukuran 15 inci yang dikahwinkan bersama tayar 150/90R15 untuk belakang dan 140/90R15 di hadapan.

BACA >>> Honda C70 - Enjin Kecil Tapi Berkuasa

Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-05
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-04

PRESTASI LEBIH BERKUASA

Aspek prestasi, ia dipadankan enjin Lifan bersesaran 125cc dengan penghidup elektrik. Shaft utama yang bersambung pada gigi sporket depan dan belakang dikustomkan untuk memastikan tiada geseran berlaku di antara rantai serta badan jentera.

Penutup shaft sporketnya juga direka khas berbentuk logo AR atau singkatan daripada Atara Racing dan Logo Mopedking pada bahagian hadapan diperbuat dengan menggunakan lazer.

Ekzos krom kustom bewarna krom pula dipasang ringkas pada bahagian bawah bagi menghasilkan bunyi lebih menarik.

Yang pasti, kos pelaburan sebanyak RM9,000 dengan hasil sebegini boleh dibanggakan. Bagi mereka yang terserempak, jangan sesekali pandang rendah kerana anda belum tahu kehebatannya yang sebanar.

Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-01

Teks : Encik Punai     Foto : Khyroll Adzham

SPESIFIKASI

Honda C70 1989

ENJIN Lifan starter 125cc, ekzos kustom, air filter Yoshinara Ashiteru, shaft enjin kustom, penutup shaft kustom (lazer cut AR)
MODIFIKASI Fork hadapan C70 kustom, handle Rizoma, kustom riser, throttle Daytona, swing arm Yamaha 135 LC, disc brek depan belakang, kaliper Brembo, tempat duduk kustom, hand grip KTM, lampu hadapan kustom, signal klasik, lampu belakang LED, hub belakang kustom
RODA Atara Racing 15”x9j depan belakang, tayar belakang 150/90R15(belakang) 140/90R15(depan)
WARNA Oren Metallic
PEMBUAT Aminudin Mohamad Said
BENGKEL Motocustomsasa Garage Hutan Pedu, Kuala Nerang, Kedah

GALERI

honda c70 mopedking
S
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-03
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-11
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-02
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-09
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-05
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-01
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-08
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-04
Honda-C70-Mopedking-Modifikasi-pandulajudotcom-10

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Atara Racing, Honda C70, Honda C70 mopedking, Kapcai, King, Modifikasi, Moped, motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev