Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan GT-R50 Sentuhan Italdesign yang Serba Memukau
Roda4

Nissan GT-R50 Sentuhan Italdesign yang Serba Memukau

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/07/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 28 Jun lalu Italdesign dilaporkan memfailkan nama GT-R50 di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO). Sehari selepas itu, Nissan dan Italdesign mendedahkan hasil rekacipta menakjubkan yang pasti membuatkan ramai terpesona.

Nissan GT-R50 ciptaan Italdesign dibangunkan sempena meraikan ulang tahun ke-50 Italdesign dan GT-R. Italdesign dimiliki VW Group, berfungsi sebagai firma yang pembangunan, kejuruteraan dan pembuatan kereta, manakala pasukan Rekabentuk Nissan Eropah (NDE) di London dan Rekabentuk Nissan Amerika (NDA) di San Diego bertanggungjawab atas kerja penggayaan.

Model tersebut sebenarnya dibina berasaskan GT-R R35, tetapi apabila melihat rekabentuk luaran yang radikal, ramai  mungkin tidak menyedarinya.


Seperti pratonton GT-R generasi akan datang, GT-R50 tampil seperti R35 dari 20 tahun akan datang. Penampilan meraik ialah hujung belakang bercat emas yang dikontraskan dengan warna badan hitam. Lampu belakang terapung tampak menakjubkan dan mirip lampu belakang model konsep Nissan 2020 Vision Gran Turismo. Ruang kabin juga dikemas kini yang kelihatan lebih moden berbanding R35 biasa bersama trim emas supaya sepadan dengan luaran.

Di sebalik bonet ialah enjin V6 3.8L twin-turbo yang pertingkat dengan pengecas turbo besar daripada GT-R GT3, intercooler besar, aci engkol tugasan berat, piston berbeza, rod penyambung dan bering baharu, injektor bahan api aliran tinggi dan banyak lagi.

Transmisi dual-klac (DCT) sekuensial 6-kelajuan pada transgandar belakang dan diferensial juga dipertingkat yang memberikan GT-R50 kuasa maksimum hingga 710hp dan tork 780Nm.

Ketua Pereka Nissan, Alfonso Albaisa menganggap  detik ini sebagai peluang yang jarang berlaku apabila dua peristiwa besar bertemu, iaitu ulang tahun ke-50 Italdesign yang membentuk dunia automotif dan ulang tahun ke-50 Nissan menerusi GT-R ikonik menyeronokkan.

“Bagi meraikan pertembungan ini, Nissan dan Italdesign mencipta GT-R kustom sempena 50 tahun dalam kepemimpinan kejuruteraan.

“Walaupun bukan GT-R generasi akan datang, ini ialah perayaan dua ulang tahun mengujakan dalam cara provokatif dan kreatif – yang menyimpulkan salah satu platform kejuruteraan Nissan terbaik dan rekabentuk Jepun dengan seni bina Itali,” katanya.

Seperti dimaklumkan Albaisa, GT-R50 ini bukan Nissan GT-R versi akan datang. Namun, agak mengejutkan jika mereka tidak menayangkan rupa luaran dan dalaman GT-R ‘R36’. Apapun, sebelum kemunculan R36, kehadiran GT-R50 dalam jelajah promosi Eropah bulan depan, pasti ramai peminat permotoran tidak sabar menyaksikan gaya baharu supercar kegilaan ramai itu.

SUMBER: AutoGuide

Alfonso Albaisa Auto Terkini EUIPO GT-R50 Italdesign Nissan Nissan 2020 Vision Gran Turismo Nissan GT-R Nissan GT-R GT3 Nissan GT-R50 Rekabentuk Roda4 Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.