HONDA mendedahkan model baharu Super Cub C125 ABS (2019) versi enjin bersesaran terbesar di bawah famili Cub. Lebih 100 juta Super Cub sudah dihasilkan Honda sepanjang 60 tahun sejarah model tersebut, sekali gus menjadikan moped itu sebagai antara kenderaan paling berjaya di planet Bumi.
Versi terbaharu ini mudah dicam sebagai Cub berdasarkan gaya klasik dan ciri biasa seperti klac automatik sentrifugal. Namun, versi moden motosikal ini didatangkan dengan ciri terkini seperti lampu LED, suspensi travel panjang dan teknologi kunci pintar.
Lebih istimewa, moped atau kapcai ini dipasangkan brek cakera di depan berserta Sistem Brek Anti Kunci (ABS).
Ketua Projek Besar Super Cub 125 ABS, Tadamasa Maeda berkata;
"Kami tahu pelanggan kami, lelaki atau perempuan, mengambil serius tentang gaya peribadi mereka dan kami mahu Super Cub C125 memperkayakan gaya hidup mereka.
"Rekabentuk tidak lekang dek zaman mengungkapkan nilai dan kesejagatan, dan kami menambah tahap prestasi baharu ke atas enjin, dan kemampuan pengendalian ke atas casis.
"Sama seperti dilakukan pengasas kami, kegembiraan terbesar kami ialah memainkan peranan positif dalam kehidupan seharian - dan juga memberikan senyuman besar pada wajah setiap pemilik Super Cub pada bila-bila masa dan di mana saja mereka menunggangnya."
SPESIFIKASI
Honda Super Cub C125 ABS (2019)
ENJIN
JENIS: Horizontal 4-lejang tunggal
SESARAN: 125cc
GEREK x LEJANG: 52.4 x 57.9mm
NISBAH MAMPATAN: 9.3:1
SISTEM BAHAN API: EFI
PENYEJUKAN: Udara
TREN INJAP: SOHC, dua injap
PENGHIDUP: Elektrik
TRANSMISI: 4-kelajuan
KLAC: Sentrifugal automatik
CASIS
FREM: Keluli Tekan
SUSPENSI: Travel, fork tidak boleh laras 26mm, 3.5 inci (depan); Travel, absorber tidak boleh laras, 3.6 inci (belakang)
TAYAR: 70/90 x 17, IRC T-Spec NF63 (depan); 80/90 x 17, IRC NR94 (belakang)
BREK: Cakera hidraulik 220mm (depan); Dram mekanikal (belakang)
ABS: Standard, roda depan sahaja
DIMENSI DAN KAPASITI
JARAK RODA: 1,242mm
RAKE: 26.5º
TRAIL: 71mm
TINGGI PELANA: 779mm
KAPASITI BAHAN API: 3.78 liter
BERAT KERB: 108kg
WARNA
Pearl Niltava Blue (biru)
HARGA
AS$3,599 (RM14,535)
SUMBER: MCN
hamim maryono says
the motorcyle very high price
i think this price rm8000.00 i give you cash no loan
Abdush syakoor says
Bilakah model motor ini akan masuk malaysia,,harap akan masuk malaysia.
George Tho says
Bulan ni, i dengar
zan says
betul kah tuan..tlg2 info kedai mana jual..
Sirozi says
Dah bnyk kedai yg jual ...kalau boleh cri kedai yg besar ..kalau dah beli jom join group wasap c125 malaysia
Fahmi says
Motor ini pada saya terlalu mahal harganya, minta pihak honda kurangkan lagi harganya super cub c125 dalam pasaran malaysia
zan says
ada sudah sampai ke malaysia ka?
Sirozi says
Ya kini sudah dimalaysia...harga pun dah makin naik...sebab limited
Sirozi says
Makin naik harganya harganya sekarang..ada kedai yg jual rm16k
Sirozi says
Hehe bukan lg kurang ...makin naik adalah harganya
mosalah says
too expensive
art says
need to remove the ABS n Smart key system to reduce the price for better market
Sirozi says
No abs in malaysia ..only smart key system
limks says
single seater?
Sirozi says
Yess
Saad Abdullah says
Tersangat cantik tapi kecewa kerana terlalu mahal
Dona Prianto says
Cantik la motor ni. Harga pun berpatutan diharapkan kualiti pun sebaik dgn harga. Sy akan beli motor ni untuk koleksi
Sirozi says
Tuan dah beli ka moto super cub ni..??kalau dah beli jom join group whatsapp c125malaysia..
Zull says
Minta Honda Malaysia buat 2 spec,full spec dan medium spec,medium spec harga dlm 8k dah kira ok.
Redxa says
Any ideas where do they sell this bike in Kuala Lumpur?
Ravi says
Its very expensive
Mohamed Razali says
Too expensive especially to honda regular costumer...
matt says
CBU japan atau CBu thailand?
Sirozi says
Cbu thai bosku
kamarul baharin bin md arifin says
Honda super cub terbaik.Berbaloi dgn harga.Walaupun harga mahal kualitinya sangat baik.Sangat selesa memandu honda super cub jika di bandingkan dgn mana2 model cc 125..cara mengedalikannya sangat baik dan berkualiti.
azuandy says
kedai kt kuantan kt mn jual moto nie?