• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jelajah Mazda CX-3 Facelift (2018) di 1 Utama, Tempahan Dibuka! Harga Bermula RM121k

Jelajah Mazda CX-3 Facelift (2018) di 1 Utama, Tempahan Dibuka! Harga Bermula RM121k

June 28, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMAZ Motor kini dalam siri jelajah di pusat beli-belah 1 Utama hingga 1 Julai ini dengan mempamerkan model terbaharu kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, CX-3 versi dipertingkat atau facelift. Menariknya, inilah penampilan pertama SUV tersebut selepas ditayangkan kepada umum pada Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS), Mac lalu.

Tempahan CX-3 facelift (2018) itu, yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, kini dibuka pada harga bermula RM121,134, tidak termasuk insurans.

Antara kemas kini ditampilkan ialah brek parkir elektrik, rekaan konsol lebih kemas, dan butang kawalan MZD Connect, manakala punat Sport kini diletakkan di posisi baharu.

BACA >>> #PanduUji: Mazda CX-3 yang Memberahikan

Imej luaran diserlahkan menerusi gril krom kembar baharu, lampu kabus gelap, rekaan lampu belakang mirip CX-5 dan rim aloi 18-inci baharu. Bagaimanapun tiada ciri bumbung suria, tetapi digantikan ciri keselamatan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Pemantauan Titik Buta (BSM).

Demi ketenangan minda, pemilik CX-3 facelift kekal dengan ciri keselamatan 6 beg udara, pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik(EBD), Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) serta sistem Kawalan Pemvektoran-G (GVC) yang menawarkan kualiti pengendalian lebih baik.

Pembeli juga boleh mendapatkan aksesori pilihan seperti sistem navigasi Mazda pada harga RM1,198 dan filem cermin gelap Skytint bernilai RM1,792.

Trenkuasa CX-3 masih mengekalkan enjin Skyactiv-G aspirasi natural (NA) 2.0L berkuasa 151hp dan tork 204Nm bersama padanan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv-Drive.

GALERI

Mazda_CX3_Facelift_20185
Mazda_CX3_Facelift_20182
Mazda_CX3_Facelift_20183
Mazda_CX3_Facelift_20181
Mazda_CX3_Facelift_20184
Mazda_CX3_Facelift_20186

Related

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: bermaz Motor, mazda, Mazda CX-3, Mazda CX-3 Facelift (2018), Mazda Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev