• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?

#TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?

July 18, 2018 By Han Othman 4 Comments

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI pemandu tidak tahu bilakah perlu menukar tayar kereta atau kenapa kedalaman bunga tayar sangat penting? Artikel ini akan membincangkan persoalan tersebut. 

Ramai pemandu jarang memeriksa tayar kenderaan mereka. Rata-rata bergantung harap kepada mekanik untuk memaklumkan bilakah tayar perlu ditukar. Walhal, amalan memeriksa tayar secara mingguan, atau sekurang-kurangnya sebulan sekali  ialah sesuatu yang sepatutnya dilakukan semua pemandu.

Tidak kira kita memandu kereta sport atau kenderaan utiliti sukan (SUV), kondisi tayar ialah sesuatu yang sangat mempengaruhi cara kereta mencengkam jalan. Ini kerana tayar ialah satu-satunya komponen yang bergolek dan menyentuh permukaan tanah.

Anda boleh bayangkan memakai kasut atau selipar yang sudah haus bunga di atas lantai basah selepas hujan. Jangankan hendak berlari, berjalan perlahan pun rasa semacam hendak tersembam. Ya, itu baru selipar yang perlu menahan beban berat badan anda yang mungkin dalam 70kg atau 100kg. Bayangkan tayar kereta yang perlu menghentikan berat kereta yang seberat setengah tan atau lebih.

Ingat, walaupun kereta kita lengkap dengan ciri keselamatan moden seperti kawalan stabiliti dan kawalan traksi, sistem brek kecemasan autonomi, bantuan kekal lorong dan lain-lain, semua ini tidak bermakna jika anda membiarkan tayar hilang cengkaman.

KEDALAMAN TAYAR MINIMUM YANG SAH


Purata tayar memiliki kira-kira 8mm kedalaman bunga bagi produk baharu. Apabila mencapai takat 3mm, anda disarankan menggantikan tayar, dan pada kedalaman bunga minimum 1.5mm (sekitar 3¼ permukaan tayar), tayar kereta anda secara teknikal sudah haus sepenuhnya.

Di Australia, tindakan memandu dengan kedalaman bunga tayar 1.6mm atau kurang boleh dikenakan denda A$200 (RM596), termasuk ditolak merit. Namun, di Malaysia rasanya tiada denda dikenakan untuk kenderaan yang dipandu dengan kedalaman bunga haus. Saman atau kompaun mungkin boleh dibayar, tetapi jika melibatkan nyawa, hilangnya memang tiada harganya.

Apabila kedalaman bunga tayar kurang, fungsi tayar juga berkurangan. Ini bermaknan keupayaan menyingkirkan air berkurangan, cengkaman berkurangan dan jarak membrek meningkat.

Memandu dengan tayar baharu dalam kelajuan 80kmj atas tayar basah mampu menghentikan kenderaan pada jarak 100 meter. Tetapi, dengan tayar haus separuh kedalaman, jarak berhenti kereta meningkat kepada kira-kira 120 meter. Dan apabila mencecah 1.5mm, jarak berhenti bertambah kepada 140 meter.

APAKAH KEPENTINGAN BUNGA TAYAR?

alur-bunga-tayar
alur-bunga-tayar-2
alur-buga-tayar-3

Selain membantu cengkaman tayar, alur tayar direka untuk menyingkirkan air daripada jalan basah secara efektif. Bagi kenderaan pacuan empat roda (4WD) pula, alur tayar dihasilkan untuk membuang lumpur daripada bunga tayar, manakala cengkaman atas bahu tayar membantu memberikan cengkaman apabila memandu dalam lumpur.

Sebuah tayar baharu akan mengeluarkan kira-kira 15 liter air setiap saat. Sebagai perbandingan, sebuah tayar basah sebuah kereta Formula Satu (F1) akan menyingkirkan kira-kira 60 liter air atau lebih pada setiap saat.

Jadi, apabila bunga haus, keupayaan menyingkirkan air juga berkurangan, meningkatkan peluang berlaku situasi aquaplanning (terapung) atas jalan, sekali gus berpotensi hilang kawalan dan terbabit kemalangan.

TAYAR ADA INDIKATOR KEDALAMAN BUNGA (TREAD DEPTH) TAYAR?

indikator-kedalaman-bunga-tayar
indikator-kedalaman-bunga-tayar

Betul, tetapi terlalu bergantung kepada indikator itu tanpa memeriksa sendiri tayar kereta secara berkala akan menyebabkan anda sendiri tidak tahu bilakah tayar perlu ditukar. Indikator kedalaman tayar ialah berupa acuan atau lekuk kecil pada alur tayar. Apabila tayar semakin haus, ia akan mengasah indikator tersebut sehingga akhirnya rata dan memberi tanda bahawa tayar baharu perlu digantikan.

PERHATIKAN TAYAR

tolok-tayar-2
tolok-tayar
tolok-tayar-3

Sesetengah orang menyarankan teknik syiling untuk mengukur tayar. Tetapi cara paling murah dan mudah ialah pergi ke kedai aksesori kereta untuk membeli tolok kedalaman bunga tayar yang harganya boleh dibeli semurah di bawah RM20. Jangan cuma periksa sebuah tayar, tetapi periksalah ke semuanya pada banyak bahagian tayar.

Jika anda memandu treler setiap hari, sangat penting tayar kenderaan anda diperiksa dengan kerap. Bukan hanya sekadar kedalaman bunga tayar, tetapi juga memerhatikan usia tayar. Lihat sebarang tanda rekahan, dan lain-lain kerana kondisi material tayar sudah mula mengeras. Jika bimbang, buat pemeriksaan di bengkel!

APAKAH PUNCA TAYAR HAUS?

Selain kesan pemanduan am, ada beberapa sebab yang menyebabkan tayar haus lebih cepat seperti tekanan angin diisi berlebihan atau terkurang. Ini menyebabkan kesan geseran tidak sama berlaku ke atas tayar yang menyebabkan sesetengah bahagian tayar lebih cepat haus berbanding bahagian lain.

Periksa tekanan udara tayar kereta sekurang-kurangnya sebulan sekali dan gunakan tolok tekanan udara supaya lebih tepat. Periksa juga tayar simpanan. Spesifikasi tekanan udara pengeluar biasanya tertulis pada pelekat di frem pintu.

Penjajaran roda yang tidak betul juga boleh menyebabkan tayar menjadi haus secara tidak sama rata dan cepat. Anda sebagai pemandu sepatutnya dapat mengesan respon gegaran atau getaran pada roda stereng jika penjajaran tidak betul.

SUMBER: PracticalMotoring

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Bunga Tayar, Kedalaman Bunga Tayar, Roda4, Tayar, tip, Tire Tread Depth

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev