• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Movistar Bakal Tinggalkan MotoGP dan Yamaha Musim 2019?

Movistar Bakal Tinggalkan MotoGP dan Yamaha Musim 2019?

June 25, 2018 By ZY Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


2018 pasti jadi tahun sukar buat Yamaha di persada Kejuaraan MotoGP.

Bukan saja hingga kini masih gagal memenangi sebarang pusingan dengan kedudukan terbaik, cuma meraih tempat kedua, dilakukan Maverick Viñales di GP Amerika Syarikat, April lalu. Berita terbaharu, Yamaha khabarnya bakal kehilangan penaja utama, Movistar untuk musim 2019.

Ini tidak mengejutkan berikutan kos penyiaran MotoGP sangat mahal dan ditambah keuntungan tontonan berbayar yang semakin berkurangan, termasuk prestasi kurang memberangsangkan dipamerkan pasukan Yamaha, sekali gus menguatkan spekulasi Movistar mungkin tidak menyambung kontrak penyiaran dengan Dorna, selaku pemegang hak milik MotoGP untuk musim akan datang.

Pada masa ini, rundingan masih berjalan antara Movistar dan Dorna, tetapi Yamaha musim depan dijangka beraksi tanpa penaja utama seperti musim 2011-2013. Perkembangan terbaharu tersebut nyata membimbangkan kerana tajaan pasukan factory itu adalah berkait rapat dengan keputusan rundingan hak penyiaran.

Bagaimanapun, jika rundingan tidak berjaya, ada nama besar lain yang diuarkan bakal mengambil alih kekosongan ditinggalkan Movistar pada fairing M1 nanti.

BACA >>> Tech3 Sah Ikat Hafizh Musim Depan, Bakal Tunggang Jentera KTM Sama Seperti Zarco

Dengan pasukan satelit Tech3 disahkan menyertai KTM Red Bull, jadi tidak sukar membayangkan jenama minuman  tenaga popular, Monster Energy akan menaja pasukan factory Yamaha itu. Monster Energy ketika ini menjadi penaja pasukan satelit Yamaha Tech3 yang dianggotai Johann Zarco dan pelumba negara Hafizh Syahrin.

Walaupun ada desas-desus syarikat itu bakal beralih arah kepada Suzuki, tetapi gandingan Monster Energy dan Yamaha (Valentino Rossi) tampak lebih secocok dan meyakinkan.

Apa kata peminat Yamaha? Sudah boleh jual coverset Movistar atau mahu tunggu dulu? 😉

SUMBER: GPone

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, kontrak motogp movistar, MotoGP, MotoGP 2019, Movistar, movistar tinggalkan motogp, movistar tinggalkan yamaha, Movistar Yamaha, sukan permotoran, Valentino Rossi, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my