• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bakat Besi: Reka Bina - Rancangan Realiti Internet Tentang Modifikasi Motosikal

Bakat Besi: Reka Bina - Rancangan Realiti Internet Tentang Modifikasi Motosikal

June 23, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sudah tonton rancangan realiti Internet Bakat Besi: Reka Bina atau ada yang masih belum tahu?

Rancangan Bakat Besi: Reka Bina kini sudah memasuki episod ketiga daripada 9 episod yang bakap ditayangkan, iaitu program pencarian bakat anjuran pertubuhan prestasi motosikal, R8DER dengan kerjasama pengeluar motosikal nasional, Modenas.

Program itu menghimpunkan beberapa pasukan di Malaysia yang akan berentap dalam membikin rupa dan prestasi jentera dua roda keluaran Modenas: V15, Pulsar RS200 dan NS200.

DUA KATEGORI PERTANDINGAN

Ada dua kategori utama yang dipertandingkan, Bina Sifu dan Reka Sifu:

BINA SIFU:


Sebanyak 12 bengkel terulung Malaysia dipilih untuk merealisasikan reka konsep dan mengubah suai prestasi tiga model Modenas: V15, Pulsar RS200 dan NS200. Setiap 12 bengkel tersebut dibahagikan kepada 6 pasukan, dan setiap pasukan terdiri daripada seorang pembina (constructor) dan seorang pereka (customizer).

Setiap pasukan diberi wang  belanja dan penyertaan masing-masing akan dinilai berasaskan estetika, prestasi dan nilai komersial motosikal yang dibikin. Pemenang akan menerima wang tunai dan hadiah bernilai lebih RM60,000 dan peluang kontrak pengeluaran selama dua tahun.

REKA SIFU:

Peraduan yang melibatkan dua subkategori iaitu rekaan konseptual dan rekaan livery/grafik. Semua peserta akan diadili panel juri dan pengundian secara atas talian melalui laman web R8DER. Pemenang akan menerima wang tunai dan hadiah bernilai RM20,000.


Penilaian akhir dilakukan di bawah dua kategori:

Rekaan - Inovasi, standard keselamatan, kebolehpasaran dan Kos.
Prestasi - Ujian dyno, ujian lap, perlumbaan pecut dan penilaian peribadi juri profesional.

TONTON DI MANA?

Setiap episod Bakat Besi: Reka Bina boleh ditonton di:

  • Facebook: @r8derofficial
  • Instagram: @r8derofficial
  • YouTube: R8DER Official
  • Laman Web: https://r8der.my/

Rancangan realiti Internet ini turut menampilkan juri di kalangan tiga nama besar dalam industri permotoran, iaitu Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Modenas Malaysia, Azmi Mansor, pelumba motosikal veteran, Oh Kah Beng, dan salah seorang perintis dalam industri ini, Scott Soul.

Motosikal yang diubah suai akan dipamerkan pada acara Art Speed ​​of 2018 akan datang.

Kepada yang tidak sempat menyaksikan rancangan episod lalu dan terkini, boleh klik pada video di bawah ini dan jangan lupa ikuti: R8DER Official

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Bajaj Pulsar NS200, Bajaj Pulsar RS200, Bakat Besi: Reka Bina, Modenas, Modenas Bakat Besi: Reka Bina, modenas V15, r8der

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev