• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pecah Rekod Lagi, Honda Civic Type R Catat Masa Terpantas di Spa-Francorchamps!

Pecah Rekod Lagi, Honda Civic Type R Catat Masa Terpantas di Spa-Francorchamps!

June 21, 2018 By Admin PanduLaju 3 Comments

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Civic Type R sekali lagi memecahkan rekod dengan kali ini mencatatkan masa 2 minit 53.72 saat di litar Spa-Francorchamps di Belgium untuk rekod baharu kereta pengeluaran versi pacuan roda depan (FWD).

Masa baharu itu mengetepikan rekod lama dicatatkan Type R generasi terdahulu pada 2016 yang menamatkan lap dengan catatan masa 2 minit 56.91 saat.

Litar Spa-Francorchamps mempunyai panjang trek 7km (4.35 batu) dengan struktur jalan lurus dan selekoh berkelajuan tinggi, termasuk beberapa bahagian yang berubah ketinggian dan perlu menempuh situasi kelajuan rendah sukar. Model Type R ini dipandu bekas juara dunia kelas FIA WEC LMP2, Bertrand Baguette yang kini menjadi pelumba Honda NSX-GT untuk pasukan Nakajima Racingdalam dalam kejuaraan Super GT.

BACA >>> Honda Civic Type R Diiktiraf Kereta Terbaik Tahunan Top Gear - Bolot 3 Anugerah!

Generasi baharu Type R sebelum ini pernah mencatatkan dua rekod dunia lain. Pada 2017, hot-hatch itu menamatkan pusingan di litar Nürburgring Nordschleife dalam masa 7 minit 43.8 saat, terpantas untuk mana-mana kereta pengeluaran FWD. Kereta itu turut menetapkan  rekod pemanduan FWD sepantas 2 minit 1.51 saat di litar GP Magny-Cours di Perancis.

Civic Type R dipacu enjin 2.0L VTEC pengecas turbo yang dipadankan transmisi manual 6-kelajuan berkuasa 305hp (6,500rpm) dan tork 400Nm (2,500-4,500rpm). Pada musim panas ini, Type R akan cuba memecahkan rekod di Silverstone, Estoril, dan Hungaroring.

Sekarang, mari kita saksikan sedutan video di bawah tentang bagaimana Honda Civic Type R menetapkan rekod baru di Spa-Francorchamps.

VIDEO

GALERI

Related

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cipta Rekod, Civic, Honda, Honda Civic Type R, Honda Malaysia, litar Spa-Francorchamps, Roda4, Super GT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev