• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Kereta Dijangka Naik Selepas 1 September 2018 - Proton

Harga Kereta Dijangka Naik Selepas 1 September 2018 - Proton

June 18, 2018 By Abang GYL 11 Comments

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BERMULA sekarang hingga Ogos 2018, angka jualan kenderaan dijangka meningkat susulan pengurangan kadar GST daripada 6 kepada sifar peratus. Ia juga didorong dengan pengenalan semula SST yang akan berkuatkuasa mulai 1 September depan.

Situasi ini agak berlainan daripada sebelum ini kerana kebiasaanya angka penjualan kenderaan akan menurun selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa, harga kenderaan dijangka naik selepas pengenalan SST mulai 1 September . Rentetan itu, orang ramai akan mengambil peluang untuk membeli kenderaan pada harga lebih murah sebelum SST dilaksanakan.

Pandangan itu turut dikongsikan oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad yang turut menyatakan harga kereta bakal naik mulai 1 September.

BACA >>> Inilah Masa Terbaik Anda Beli Proton - Tiada GST, Diskaun RM15k, 3 Bulan Ansuran Percuma!

harga proton sagaKADAR SST 10 PERATUS

Kadar SST yang bakal diperkenalkan semula akan kekal pada 10 peratus. Secara logiknya, pengenalan semula SST mungkin akan membuat harga kenderaan meningkat berbanding GST 6 peratus yang dikenakan sebelum ini. Ya, mengikut perkiraan secara kasar harga kenderaan pasti akan naik. Lagipun kenderaan termasuk dalam klasifikasi barangan mewah.

Namun, pengiraannya tidaklah semudah 10 tolak 6. Jika mahu memastikan harga kenderaan terus murah, Kerajaan perlu memastikan SST lebih rendah berbanding kadar GST. Dalam erti lain, kadar SST perlu di bawah 6 peratus.

Bagi anda yang masih tercari-cari kenderaan baharu, inilah masa terbaik untuk memilikinya pada harga lebih rendah. Tunggu apa lagi?

BACA >>> Harga Baharu Yamaha Tanpa GST Diumumkan - Turun Hingga RM3k

Related

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abdul Rashid Musa, harga kereta naik, harga kereta proton naik, kadar GST, Proton, SST

Comments

  1. Amran says

    June 18, 2018 at 11:37 PM

    Nak paksa org beli la tu. Sbb proton x laku

    Reply
  2. Alson P says

    June 19, 2018 at 6:00 PM

    Harga kereta akan naik 10% hingga 20% selepas 1 September.. Selain SST, kadar inflasi, kejatuhan ringgit Malaysia akan menjadi penyebab kenaikan harga kereta selepas September nanti.. Buka itu sahaja, pengedar kenderaan import dijangga akan akan meningkatkan margin kerana peningkatan kos perkhidmatan melebih 5% berbanding 10 tahun lalu..

    Reply
  3. MUS says

    June 19, 2018 at 11:08 PM

    Janji najib down... Kata org PH

    Reply
  4. Hananafi says

    June 20, 2018 at 12:03 AM

    Tahniah kpd penyokong pakatan...menang sorak...

    Reply
    • lolsomany says

      June 29, 2018 at 1:41 AM

      negeri tergadai

      Reply
  5. Maria Hamdan says

    June 20, 2018 at 5:11 AM

    Entah la..aku konpius skrg ni.. Aku harap pakatan akan syg rakyat dan bukan semata2 kerana dendam..

    Reply
    • Man says

      June 20, 2018 at 9:10 PM

      Nampak mcm dendam je skrg. Azmin dah isytihar malaysia negara muflis kat antarabangsa.. menteri ekonomi malaysia tu.. mcm x sedar kesan dia kepada pelaburan dlm negara

      Reply
  6. Rosli bin Sarah says

    June 21, 2018 at 10:01 AM

    Pengerusi automotive blm memahami inspirasi rakyat yg telah memilih krjaan baru PH utk memberi kemudahan kpd rakyat agar tidak menanggung kos sarahidup yg semakin meningkat sblm ini.
    Miliki kenderaan bkn suatu utk menunjuk kemewahan tapi miliki kenderaan adalah keperluan hari ini

    Reply
  7. Ali ahmad says

    July 9, 2018 at 6:40 PM

    Sepatutnya harga kereta turun la masa 1st gst dilaksanakan.... Ni bila mansuh gst hanya tolak 6%... Dan bila nak start semula sst nak up 10%.... Hahahaha... Peliknya calculation

    Reply
  8. Noramirabahari says

    September 2, 2018 at 7:17 AM

    Kalau oku ingin miliki kereta persona baru macam mana dengan harganya?bulan-bulan kena bayar.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev