• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP: Juara Moto3, Joan Mir Ganti Iannone untuk Suzuki Ecstar

#MotoGP: Juara Moto3, Joan Mir Ganti Iannone untuk Suzuki Ecstar

June 14, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SUZUKI mengesahkan Joan Mir akan melangkah ke kelas premier MotoGP untuk 2019 bersama pasukan tersebut sebaik saja juara dunia Moto3 itu mengesahkan khabar angin yang mengaitkan dia dengan pengilang Jepun berkenaan.

Walaupun cuma sempat beraksi dalam kelas Moto2 untuk enam perlumbaan, pelumba berusia 20 tahun itu mengakui tidak pernah terfikir akan berpindah ke kelas utama dan mengikuti jejak langkah Maverick Viñales.

BACA >>> #MotoGP: Iannone Ganti Redding untuk Pasukan Aprillia Musim 2019

Bos pasukan Suzuki Ecstar, Davide Brivio mengakui pemilihan Mir itu mencerminkan perubahan strategi pasukan yang beralih daripada nama besar kepada membangunkan bakat muda untuk masa depan.

"Mir hanya berusia 20 tahun sekarang, dan sudah jadi Juara Dunia dengan 10 kemenangan tahun lalu dan membuktikan beberapa skil. Dia garang, pintar, bagus dan boleh jadi sangat laju.

Itu semua ciri kami cari pada penunggang muda yang mahu menyertai kami, bukan sekadar prestij untuk jentera pengilang bagi kelas teratas, tetapi kerana dia percaya dalam projek perlumbaan kami.

"Bercakap kepada Mir, saya sedar dia ada fikiran yang jelas, berapa banyak dia suka projek Suzuki dan mahu menyertai kami. Ini menjadi rangsangan besar kepada kami. Sudah tentu, kita tahu dia memerlukan masa meraih pengalaman dan berkembang bersama kami, tetapi kami menaruh keyakinan penuh terhadap potensinya.

"Pengurusan Suzuki menggalakkan kami meneruskan 'falsafah penunggang muda' dan dengan Joan saya fikir kami menemui protagonis sempurna untuk peranan ini. Dengan Alex dan Joan, kami ada dua pelumba sangat berbakat dan sasaran kami ialah mencipta pasukan kuat pada masa depan," kata Brivio lagi.

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, Andrea Iannone, Joan Mir, Moto3, MotoGP, roda2, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev