• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Kita Tidak Perlu Lagi Kereta Nasional Baharu!

#SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Kita Tidak Perlu Lagi Kereta Nasional Baharu!

June 11, 2018 By Azhan O 7 Comments

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA terkini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan hasratnya untuk menjalankan projek kereta nasional baharu sebagai reaksi kepada penjualan saham Proton kepada gergasi automotif China, Geely, lapor portal MalaysiaKini, tadi.

"Proton bukan lagi kereta nasional. Ia sekarang milik China.

"Cita-cita kami untuk mulakan kereta nasional lain, mungkin dengan bantuan negara Asean dan rakan kami," katanya dalam sidang Nikkei di Tokyo, Jepun hari ini.

Proton pada tahun lalu menjual saham pengeluar itu sebanyak 49.9 peratus kepada Geely ketika di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, manakala DRB-Hicom menguasai 50.1 peratus.

WAJARKAH SATU LAGI KERETA NASIONAL?

Sebagai pemerhati dan pemain dalam industri automotif tempatan, hasrat dinyatakan Perdana Menteri itu pastinya mengejutkan banyak pihak, termasuk kami di PanduLaju. Ini kerana projek pembuatan kereta nasional semestinya bakal menelan belanja bernilai berbilion ringgit, dan sangat berisiko tinggi.

BACA >>> Kerajaan Tidak Cadang Beli Semula Proton - Tun M

Sebab itulah hari ini kita menyaksikan sudah tiada negara yang berani meletakkan kereta nasional baharu sebagai projek negara seperti mana pada era 1980-90-an lalu ketika zaman negara-negara dunia ketiga meraih puncak kemakmuran ekonomi dan semangat patriotisme tinggi. Malah kapasiti pasaran automotif Malaysia yang kecil dan mendatar sejak beberapa tahun kebelakangan ini seakan memberi bayangan betapa idea kereta nasional baharu itu sepatutnya difikirkan bukan sekali atau lima kali. Tetapi berpuluh-puluh kali.

Ini termasuk mengambil kira kos melibatkan tenaga pakar, kajian dan penyelidikan (R&D), pemasaran dan pengiklanan, fasiliti pembuatan, dan perkhidmatan selepas jualan. Ya, nampak semacam mustahil.

PROTON BUKAN KERETA NASIONAL?


Seperti mana jenuh kami perjelaskan dalam banyak artikel sebelum ini, Proton tetap kereta nasional Malaysia. Orang luar tetap akan melihat begitu, melainkan kita sendiri yang gagal memahami tentang bagaimana industri automotif global bergerak.

Adakah orang masih melihat Volvo sebagai produk China? Atau Jaguar sebagai produk India? Adakah jualan dan reputasi Volvo dan Jaguar yang makin menyerlah kebelakangan ini disebabkan orang menganggap dua jenama itu sebagai buatan China? Come on, jangan jadi hamba politik. Ini real business dalam dunia automotif!

Tahukah tanpa pereka Eropah, Kia tidak akan jadi seperti Kia sekarang? Tetapi siapa peduli? Tiada siapa cakap Kia cuma sekadar nama, dan rekabentuk pun bukan original air tangan rakyat Korea. Semua manusia di planet Bumi ini melihat Kia sebagai kereta Korea. Itu belum termasuk divisyen prestasi Hyundai yang dibarisi jurutera dan pereka Eropah.

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

Aduh, berapa kali sudah kami ingatkan, patriotisme dalam industri automotif sudah tidak rigid lagi. Tiada lagi pengeluar automotif yang boleh mendabik dada, jenama automotif mereka ialah 100 peratus ilham dan buatan tempatan. Hari ini, usaha mengekalkan jenama automotif itu adalah lebih penting berbanding kita bermain sentimen. Hilang jenama, hilangnya negara jenama itu. Hilang Proton, hilanglah Malaysia. Tidak akan sama meskipun Malaysia mampu membeli 90 peratus saham Mercedes-Benz sekalipun. Mercedes tetap Jerman.

Siapa cakap jenama Proton tidak hebat? Bukankah Geely yang terliur mahu membeli Proton itu adalah disebabkan kekuatan jenama Proton itu sendiri di pasaran Malaysia dan Asean? Jangan tidak tahu, dulu bukan Geely saja yang mahu melobi Proton, tetapi banyak gergasi automotif lain juga.

PROTON TETAP MALAYSIA


Jangan lupa, Geely membeli Proton bukanlah bermaksud dia akan membuang semua staf Proton di Malaysia, atau menghentikan 100 peratus pengeluaran kilang-kilang Proton. Majoriti pekerja dan tenaga pakar tetap orang Malaysia. MIlikan saham, walaupun kecil, masih dianggap majoriti. Dalam dunia politik, majoriti tipis pun tetap boleh perintah negara. Kadang-kadang kita beremosi itu ini seolah-olah China itu baru hendak berniaga tahun lepas.

Dan sebagai gergasi automotif di China dan dunia, adakah Geely dianggap bijak berniaga kalau sesuka hati mahu memindahkan Proton ke China dan cuba memiliknegarakan jenama Malaysia menjadi produk China? Adakah China tidak mengkaji potensi pasaran Malaysia dan China? Kalau begitu dangkalnya Geely, mahu agaknya Laksamana Cheng Ho dan Hang Li Po bangkit daripada kubur.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

Ke hadapan Perdana Menteri yang kami kasihi. Cukuplah kita ada dua jenama nasional, Proton dan Perodua. Fokus sajalah apa yang ada. Jangan lupa bangunkan pengangkutan awam. Setiap tahun ada lebih 500,000 unit kenderaan didaftarkan di Malaysia dan kita masih tiada dasar lupus kenderaan.

Negara luar seperti Eropah, Amerika dan Jepun, termasuk China sudah mula mensasarkan pemilikan kereta elektrik dalam tempoh 20 tahun akan datang. Sebabnya, rizab minyak dunia semakin mengering dan sepatutnya dijimatkan untuk industri yang lebih penting seperti makanan, perubatan, penerbangan dan perkapalan.

Kenderaan penumpang hari ini semakin banyak, dan jalan pula semakin sesak. Setiap hari ada saja manusia stres menelan asap dan marah kerana mengejar masa. Ini sudah tentu tidak bagus untuk kesihatan fizikal dan mental rakyat. Kesannya? Rakyat akan marahkan Kerajaan nanti. Percayalah.

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Auto Terkini, China, Geely, Kereta Nasional, Kereta Nasional Baharu, Malaysia, Proton, sembang deras, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Comments

  1. Ahmad says

    June 11, 2018 at 9:30 PM

    Betul tu. Dah nyanyuk, nak buat mcm mana..

    Reply
  2. Alson P says

    June 11, 2018 at 11:51 PM

    Pendapat peribadi teman, Malaysia memang patut wujudkan lagi satu automaker tempatan tetapi dalam kelas yang berbeza.. Supaya tidak mengganggu pasaran P1 & p2..
    Automaker tempatan ke3 boleh bina/jual kereta segment-E Dan saiz penuh(F) sahaja, dengan jarak roda Dari 3000mm hingga 3300mm..

    Platform yang sama boleh bangunkan MPV bersaiz penuh.. Juga boleh bina VAN untuk kenderaan perdagangan (12 hingga 18 tempatan duduk)

    Platform yang sama juga boleh bangunkan pickup saiz penuh tidak melebihi 5 tan.. Mungkin tidak setanding Raptor F150 mahu pun Nissan Titan.. Dengan harga yang berpatutan pasti mendapat sambutan..

    Platform Dan enjin yang sama boleh dipelbagaikan bagi menjimatkan kos pembangunan disamping tidak mengganggu pasaran p1 & p2..

    Kerajaan perlu hapuskan duti eksais, naikkan duti import 300%, dengan kaedah ini kenderaan yang dikilangkan di Malaysia(CKD) turun 30% kenderaan import sepenuhnya(cbu) naik..

    Reply
    • Alson P says

      June 12, 2018 at 12:23 AM

      P/s harga kenderaan CKD vs CBU

      Reply
  3. ambo says

    June 12, 2018 at 2:15 PM

    mahathir tu pening...akupkn x faham segala benda dengan negara China di allergic..zaman dia dulu proton kerap diselamatkan dg duit Rakyat..korang ingat model hodoh proton idea mahathir mcm savy dg juara!model gagal proton..skrg proton dh boleh berdikari..baguslah..

    Reply
  4. No name says

    June 13, 2018 at 6:11 PM

    Juara adalah model mitsubishi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev