• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP: Lorenzo Kini Milik Repsol Honda Bermula Musim Depan hingga 2020.

#MotoGP: Lorenzo Kini Milik Repsol Honda Bermula Musim Depan hingga 2020.

June 6, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA Ducati Team, Jorge Lorenzo mengesahkan diri sebagai pelumba Repsol Honda menggantikan Dani Pedrosa dalam saingan MotoGP 2019 dan 2020. Ini bermakna pelumba Sepanyol itu akan menjadi regu kepada rakan senegaranya, adinda Marc Marquez.

Berita terbaharu itu langsung menamatkan segala spekulasi yang tercetus tentang kemungkinan dia menyertai Suzuki Ecstar atau Yamaha dibawah tajaan konglomerat Malaysia, Petronas.

BACA >>> #MotoGP: Lorenzo Bakal Ganti Pedrosa di Repsol Honda?

Lorenzo menjadi berita hangat di Eropah selepas merangkul kejuaraan GP Itali hujung minggu lalu, juga kejayaan pertama sepanjang penyertaannya bersama Ducati Team. Sebelum itu, dia dilaporkan tidak gembira dengan pasukan dari Itali tersebut selepas bergelut mengekang mesin Desmosedici.

Kini, segala persoalan sudah terlerai dan memang sahih Lorenzo akan menjadi pelumba baharu Repsol Honda.

Lorenzo dan Ducati Team tidak berapa menjadi musim ini.

"Orang ramai patut percayakan Jorge Lorenzo apabila keputusan tidak berapa bagus, dan percaya apa aku mahu, tetapi tidak cukup orang yang percaya.

"Aku bukan bagi alasan dan aku beritahu kebenaran, dan apabila Ducati akhirnya buat ubah suai ke atas motor, aku dapat buktikan diri aku.

"Aku harap bermula sekarang orang ramai akan lebih percayakan apa aku kata. Sebahagian hati aku sangat gembira dengan kejayaan ini dan sebahagian lagi sedih, kerana aku percaya jika aku dapat apa aku nak sebelum ini, aku boleh cakap bahawa aku akan sambung (kontrak )dengan Ducati, tapi aku tak boleh cakap macam tu," kata Lorenzo seraya menitis air mata kehibaan.

PETRUCCI NAIK TARAF KE PASUKAN PENGILANG

Susulan pemergian Lorenzo, pelumba Danilo Petrucci melengkapkan perpindahan ke pasukan Ducati Team, menyertai rakan senegara dari Itali, Andrea Dovizioso selepas dua tahun bersama pasukan satelit Pramac Ducati.

Kini beban ditinggalkan Petrucci itu bakal digalas rakan sepasukan lama dari Australia, Jack Miller yang mana dia dikhabarkan akan menunggang motosikal sama seperti jentera pengilang.

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, Auto Terkini, Dani Pedrosa, Danilo Petrucci, Desmosedici, Ducati Team, Jorge Lorenzo, Marc Marquez, MotoGP, Pramac Racing, Repsol Honda Team, Roa, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev