• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tech3 Sah Ikat Hafizh Musim Depan, Bakal Tunggang Jentera KTM Sama Seperti Zarco

Tech3 Sah Ikat Hafizh Musim Depan, Bakal Tunggang Jentera KTM Sama Seperti Zarco

June 6, 2018 By Aryon 4 Comments

FacebookTwitter


PELUMBA harapan Malaysia, Hafizh Syahrin sah akan kekal bersama pasukan Tech3 musim depan walaupun pasukan Perancis itu beralih kepada mesin KTM, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai masa depan rookie tersebut.

"Susah aku nak cakap dan percaya. Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih banyak kepada Herve (Poncharal) yang percayakan aku dan berikan aku peluang ini untuk kekal dengan familik Tech3 dan pada masa sama menyertai famili KTM. Aku juga mahu ucapkan terima kasih banyak kepada pengurus, Dato' Razlan (Razali) yang membantu aku mencapai impian dalam kelas MotoGP, dan terima kasih kepada KTM kerana percayakan Herve dan aku.

Aku akan berkerja keras untuk 2019 dan aku akan bersiap sedia lebih baik kerana ia bukan lagi kejutan seperti musim ini. Aku sangat gembira kerana dapat peluang ini. Malah aku rasa hampir nak menangis sebab gembira. Terima kasih kepada semua orang, terutama Herve dan Dato' Razlan kerana selalu percayakan aku," ujar Hafizh dengan penuh berwibawa.

TUNGGANG JENTERA SAMA SEPERTI ZARCO

Menurut Herve, Hafizh pada musim depan akan menunggang jentera KTM spesifikasi 2019 mewakili pengeluar dari Austria itu.

"Daripada hampir hari pertama kami mula bekerja dengan dia, saya mahu berikan Hafizh tahun kedua kerana tahun pertama adalah penting untuk belajar, tetapi tahun kedua mungkin lebih penting untuk membuktikan diri kita. Apa yang jelas, semuanya berubah kepada projek baharu dengan KTM yang mana kami ada insurans yang mana empat jentera KTM atas grid 2019 nanti ialah evolusi yang sama. Ia akan jadi lonjakan besar buat Hafizh.

"Dia akan tunggang motor yang sama seperti Miguel Oliveira, Johann Zarco dan Pol Espargaro dan inilah cabaran hebat. Aku sangat bangga galas cabaran ini bersama Hafizh, sentiasa dengan sokongan Razlan. Aku fikir kami sudah dapat penunggang terbaik, aku hampir pasti Oliveira dan Hafizh akan jadi pakej kuat untuk penunggang bakat baharu dan bercita-cita tinggi," kata Herve dengan mata bersinar.

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, Hafizh Syahrin, Johann Zarco, KTM, KTM Tech3, MotoGP, roda2, Tech3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev