• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan GT-R NISMO GT3 - RM2.1 Juta, Kini Tempahan Dibuka

Nissan GT-R NISMO GT3 - RM2.1 Juta, Kini Tempahan Dibuka

June 10, 2018 By Admin PanduLaju 3 Comments

425
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN kini membuka tempahan model Nissan GT-R NISMO GT3 (2018) pada harga bermula ¥60,000,000 (RM2,170,323), tidak termasuk cukai dan penghantaran.

GT-R NISMO GT3 (2018) dibina berasaskan GT-R NISMO dan patuh peraturan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) GT3. Tujuannya, menerima pesanan dan penghantaran yang dijadualkan bermula Januari 2019.

BACA >>> #BIMS2018: Nissan GT-R Premium Edition Debut di Thailand, ฿13.5 juta (RM1.8 juta)

Supercar Jepun 2018 ini menyerlahkan apa dinamakan Nissan sebagai kemajuan signifikan. Dibuat pada kenderaan asas, manakala pengalaman tinggi dihimpun daripada data perlumbaan terkumpul sejak 2015. Paling utama, agihan berat GT-R NISMO GT3 sudah dioptimumkan dan pusat graviti diturunkan dengan pemasangan enjin 5.9 inci (150mm) ke belakang dan lebih rendah daripada model 2015. Nissan dan NISMO juga menggunakan rekabentuk suspensi depan dan belakang baharu serta begitu juga cross member.

Penambahbaikan lain untuk model 2018 ialah kestabilan dioptimumkan antara daya bawah (downforce) yang stabil dan drag, menambah baik rigiditi depan dan belakang serta peningkatan lineariti, pelaksanaan sistem takungan kering (dry sump) untuk pusat graviti (CoG) rendah dan reliabiliti pelinciran, maka kitaran penyenggaraan dilanjutkan menerusi transmisi direka baharu sepenuhnya, brek diperkuat dengan meningkatkan aspek ketahanan dan reliabiliti; dan opsyen eksklusif sistem penyaman udara eksklusif rekaan khas.

BACA >>> #BIMS2018: Nissan GT-R Premium Edition Debut di Thailand, ฿13.5 juta (RM1.8 juta)

"Dalam usaha membangunkan GT-R NISMO GT3 (2018), divisyen pretasi NISMO sebagai jabatan sukan rasmi Nissan memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan kepakaran canggih yang kami peroleh daripada pengalaman luas dalam perlumbaan.

"Kereta ini dibina untuk menjadi berdaya saing dalam perlumbaan GT3 seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NISMO, Takao Katagiri,

"Walaupun tahun pertama untuk pertandingan sebenar, ia jelas menunjukkan daya saing menerusi pencapaian seperti podium tempat ke-3 di kelas SUPER GT (kelas GT300) Jepun dan kemunculan keseluruhan tempat ke-3 di Blancpain GT Series Asia .

"Terima kasih kepada pasukan rakan rasmi kerana jadi kumpulan pertama memilih dan menunjukkan potensi penuh kereta. Kami ada harapan tinggi bahawa beberapa pasukan akan bersaing dengan model  GT-R NISMO GT3 ini nanti," kata Katagiri.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

425
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nismo, Nissan, Nissan GT-R NISMO GT3, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev