• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / LEGO Technic Bugatti Chiron dengan Spoiler Aktif dan Piston Bergerak

LEGO Technic Bugatti Chiron dengan Spoiler Aktif dan Piston Bergerak

June 6, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

FacebookTwitter


AKHIRNYA kita dapat memiliki sebuah Bugatti Chiron tanpa perlu membelanjakan kos berjuta-juta. Semestinya anda boleh dapatkan supercar itu di LEGO.

LEGOTechnic Bugatti Chiron kini diperkenalkan pada harga AS$349.99 (RM1,389) untuk set 3,599 keping. Dibangunkan dengan kerjasama Bugatti, LEGO Chiron itu mempamerkan rekabentuk badan aerodinamik, rim khas berlogo berserta tayar profil rendah, brek cakera diperinci, dan enjin W16 dengan piston bergerak.

Bahagian kokpit pula memuatkan kotak gear 8-kelajuan Technic dengan pedal syif  bergerak dan roda stereng sporty dengan lambang Bugatti. Ciri paling menarik ialah spoiler belakang aktif yang boleh diubah daripada situasi 'pengendalian' kepada 'kelajuan tertinggi' dengan memasukkan kunci kelajuan tertinggi. Apabila but dibuka, terdedah siri nombor unik dan kompartment simpanan yang diisi penuh dengan beg Bugatti.

lego-technic-bugatti-chiron-27
lego-technic-bugatti-chiron-36
lego-technic-bugatti-chiron-7

Seperti LEGO Technic Porsche 911 GT3 RS yang didatangkan dalam warna ikonik - jingga, Chiron pula menerima warna klasik Bugatti - biru dua-tona - yang merujuk kepada warna signatur jenama itu. Ada juga set pelekat untuk perincian tambahan.

Model replika LEGO skala 1: 8 ini memiliki ukuran tinggi 14sm, panjang (56sm), dan lebar (25sm) yang dipekkan dalam dalam kotak mewah berserta buku kecil berwarna buat pengumpul dengan panduan pemasangan lengkap.

BACA >>> LEGO Toyota Camry - Saiz Penuh dengan Berat 2 Tan dan 900 Jam Disiapkan

Harga LEGO ini untuk pasaran lain turut diumumkan, iaitu Kanada - $399.99 (RM1,231), Perancis €379.99 (RM1,767), Jerman €369.99 (RM1,720), Britain £329.99 (RM1,750) dan Denmark kr3199 (RM1,998). Harga Malaysia boleh jadi lebih mahal atau lebih kurang harga di pasaran Amerika dan Eropah.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: aksesori, autotainment, Bugatti, Bugatti Chiron, LEGO, LEGO Technic, Permainan, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev