KENDERAAN utiliti sukan (SUV) premium, Volvo XC60 dinobatkan sebagai pemenang anugerah Kereta Terbaik Dilancarkan Tahun Lalu (Best Car Launched in the Last Year) sempena majlis Anugerah Kereta Baharu Auto Trader 2018.
Pemenang dipilih berdasarkan undian pelanggan Britain melibatkan pendapat 43,000 pengguna dalam kaji selidik atas talian. Semua responden ialah pemilik kereta, dan diminta menilai kenderaan sendiri dalam pelbagai kriteria seperti reliabiliti, prestasi dan penampilan menerusi kos penyenggaraan dan ciri.
Reputasi XC60 dalam rekaan SUV dapat dilihat menerusi aspek kejuruteraan, kombinasi rekaan bergaya, penampilan dinamik dan teknologi canggih, termasuk ciri bantuan pemandu, dan sistem keselamatan tinggi yang membuatkan perjalanan pemanduan jadi lebih selamat dan kurang stres.
Pengarah Editorial Auto Trader, Erin Baker berkata, Anugerah Kereta Baharu Auto Trader 2018 merangkumi aspek pemanduan dan pemilikan kereta yang sangat penting kepada pemandu, dan perkara yang tidak jelas dalam proses pembelian seperti reliabiliti, keselamatan, kos operasi dan pengalaman memandu.
Pemenang kami (XC60) mendapat kelulusan pemilik sebenar, yang kami harap akan jadi rujukan dalam proses mencari kereta baharu yang betul buat pembeli."
- ERIN BAKER, Pengarah Editorial Auto Trader
GALERI
SUMBER: AutoTrader
Leave a Reply