HAMPIR 11 tahun menanti, Ahmad Fazrul Sham akhirnya berjaya meraih gelaran selaku juara keseluruhan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2015.
Biarpun hanya sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keenam dengan masa 14’30.380s di Litar Jempol, jumlah 10 mata diperolehi pelumba Yamalube AHM itu menjadikan juara sekalipun perlumbaan masih berbaki satu pusingan lagi.
“ Akhirnya saya berjaya melakukannya pada tahun ini dan terima kasih buat seluruh pasukan Yamalube AHM yang banyak memberi semangat sepanjang perlumbaan," jelasnya.
Sementara itu, duo PETRONAS Yamaha-CKJ, Mohd Fitri Ashraf Razali dan Mohd Affendi Rosli muncul juara dan naib juara CP130 bagi Cub Prix pusingan ke-9 setelah menamatkan 18 pusingan perlumbaan, masing-masing dengan masa 14’16.677s dan 14’22.121s.
Tempat ketiga pula milik Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 14’22.525s.
Gelaran juara dan naib juara meletakkan Fitri dan Affendi kini berkongsi kedudukan tempat kedua keseluruhan dengan mengumpul 84 mata.
CP130
Perlumbaan Akhir
1. Mohd Fitri Ashraff Razali (Yamaha) 14’16.677s
2. Mohd Affendi Rosli (Yamaha) 14’22.121s
3. Mohd Adib Rosley (Yamaha) 14’22.525s
4. Mohd Hafiz Nor Azman (Honda) 14’24.482s
5. MOhd Zaqhwan Zaidi (Honda) 14’27.107s
Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) 113 mata
2. Mohd Fitri Ashraff Razali (Yamaha) 84 mata
3. Mohd Affendi Rosli (Yamaha) 84 mata
4. Abd Muhaimin Roslan (Yamaha) 79 mata
5. Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 71 mata
Leave a Reply