BMW mempamerkan motosikal sport tourer konsep, 9Cento Concept sempena pameran Concorso d'Eleganza Villa d'Este di Tasik Como yang tampak cukup unik dan menarik.
Seperti R nineT, BMW kerap menghasilkan model konsep yang menyerlahkan wajah sebenar produk akan datang. Dan barisan parallel-twin (kembar-selari) dilihat benar-benar dapat melakukan sesuatu untuk menggantikan model F800S dan ST yang sudah berusia.
Concept 900, atau 9Cento Concept sekali lagi mengaitkan model itu dengan R nineT. Ia tampak melampau, tetapi tiada yang luar biasa dari segi teknologi. Perkara paling liar ialah panier (kotak simpanan) yang dikepilkan menggunakan ciri elektromagnet bawah pelana, menjadikan ia mudah dipasang dan ditanggalkan.
BACA >>> BMW Motorrad Umum Senarai Harga Model Motosikal Tanpa GST
Ini kerana penunggang perlu menghabiskan banyak masa setiap kali mahu menanggalkan kotak simpanan. Panier itu juga menggunakan sepenuhnya ruang pelana belakang dengan begitu praktikal. Jadi, walaupun panier dipasang, pembonceng masih ada cukup ruang selesa, tetapi apabila kotak simpanan tidak digunakan, anda memiliki bahagian belakang yang ringan dan sporty.
Enjin parallel-twin, berasaskan F850 GS, dijangka ditala semula bagi mendapatkan lebih kuasa kuda dan tork, dan disertakan lampu LED, fairing penuh, dan spoiler sirip jerung Formula Satu (F1) di depan tayar belakang.
Jadi, sila ketatkan tali keledar untuk sport tourer baharu berasaskan enjin parallel-twin BMW F850 tidak lama lagi.
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply