• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Miliki Renault Tanpa GST, Harga Baharu dengan Penjimatan Hingga RM40k

Miliki Renault Tanpa GST, Harga Baharu dengan Penjimatan Hingga RM40k

May 27, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


TC Euro Cars (TCEC) selaku pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia mengumumkan harga baharu bagi model Renault, berkuat kuasa serta-merta susulan perlaksanaan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST).

TCEC turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk rebat tunai ke atas model terpilih dengan gabungan penjimatan hingga RM40,000.

BACA >>> 11 Fakta Pantas | Renault Captur (2018) Facelift CKD, Harga Kekal - RM109,000

TCEC akan menyerap 6 peratus daripada caj GST untuk kenderaan yang didaftarkan serta-merta. Harga sifar GST itu kekal hingga perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Pelanggan juga boleh menikmati rebat tambahan pada model tertentu.

Berikut senarai perbandingan harga model Renault antara GST (6%) dan Sifar GST (0%), serta harga baharu selepas potongan rebat. Semua harga dinyatakan tidak termasuk insurans, dan untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TC Euro Cars Sdn Bhd, Kuan Kim Luen berkata, sekarang ialah masa terbaik membeli model Renault.

"Saya ingin cadangkan kepada mereka yang sedang mencari kenderaan bergaya, berkualiti dan memiliki standard keselamatan Barat supaya mengambil peluang sepanjang tempoh pelepasan cukai ini yang turut ditambah insentif daripada kami,” katanya.

Model-model dengan harga baru sifar GST itu hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), GST, Renault, Roda4, sifar gst, TC Euro Cars (TCEC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev