• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Panggil Balik Alphard dan Vellfire untuk Kemas Kini ECU Brek

Toyota Panggil Balik Alphard dan Vellfire untuk Kemas Kini ECU Brek

May 27, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) selaku pengedar rasmi kenderaan Toyota mengumumkan kempen servis khas atau panggil balik (recall) bagi mengemas kini unit kawalan elektronik (ECU) untuk sistem brek parkir elektrik (EPB) Toyota Alphard dan Vellfire.

Kira-kira 1,900 unit kenderaan keluaran April 2016 - Februari 2018 terlibat dalam kempen ini. Menurut UMW Toyota, proses mengemas kini ECU pada EPB itu perlu dilakukan kerana ada kemungkinan berlaku kekurangan voltan ketika enjin dihidupkan semula selepas berhenti lahu (idling stop).

Ini kerana ECU akan mengesan kejanggalan (abnormality) jika bateri kenderaan mengalami pengurangan tenaga, sekali gus menyebabkan sistem EPB tidak berfungsi dan lampu amaran menyala. Jadi, bagi memastikan keyakinan dan ketenangan pelanggan, kempen servis ini dilancarkan.

Pelanggan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Toyota: 1800-8-869682 untuk mengetahui maklumat lanjut. Boleh juga mengunjungi laman web Toyota.com.my untuk maklumat berhubung Kempen Servis Khas Toyota, termasuk membuat pngesahaan mengenai kenderaan anda.

Related

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Brek Parkir Elektrik (EPB), ECU, Kempen Panggil Balik, Kempen Servis Khas Toyota, Roda4, Toyota, Toyota Alphard, Toyota vELLFIRE, UMW Toyota Motor, UMW Toyota Motor Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev