• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 8 Fakta Pantas | MV Agusta Brutale 800 RR LH44 dengan Sentuhan Lewis Hamilton

8 Fakta Pantas | MV Agusta Brutale 800 RR LH44 dengan Sentuhan Lewis Hamilton

May 24, 2018 By Admin PanduLaju 9 Comments

387
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH yang membuatkan kerjasama antara MV Agusta dan Lewis Hamilton benar-benar istimewa? Jawapannya, masing-masing percayakan kecantikan dan teknologi. Tidak kira sama ada atas trek Formula Satu (F1)  dan jalanan, atau atas jentera empat atau dua roda, juara dunia F1 dan pengeluar motosikal teknologi tinggi itu berkongsi nilai, idea dan projek.

Berikutan kejayaan Dragster 800 RR LH44 dan disusuli F4 LH44, MV Agusta dan Hamilton sekali lagi bersatu untuk mencipta model baharu. Seperti model terdahulu, jentera baharu kali ini menampilkan ciri eksklusif milik pemandu Britain tersebut berserta aspek teknikal dan estetika tersendiri.

1. Dinamakan Brutale 800 RR LH44, jentera itu akan menjana kuasa 140hp dan seberat 172 kg. Naked bike saiz pertengahan terbaik di pasaran itu datang dengan enjin ringan dan  teknologi termaju masa kini dalam industri motosikal pengeluaran seperti aci engkol putar lawan (counter rotating) dan sistem Quick Shift EAS 2.0.

2. Model itu akan dikeluarkan pada Jun 2018 dan terhad 144 unit sahaja. Setiap unit akan dinomborkan dan diberikan dengan sijil  ketulenan.

3. Sebagai permulaan pembangunan Brutale 800 RR LH44, MV Agusta dan Hamilton memilih model flagship 3-silinder, Brutale 800 RR. Naked bike baharu itu ialah motosikal pilihan buat mereka yang tercari-cari jentera tunggangan dinamik dengan rekabentuk hebat, semestinya menjadi signatur MV Agusta.

MV-Agusta-Brutale-800-RR-LH44-Lewis-Hamilton-04
MV-Agusta-Brutale-800-RR-LH44-Lewis-Hamilton-07
MV-Agusta-Brutale-800-RR-LH44-Lewis-Hamilton-10

4. Seperti dua model terdahulu yang berasaskan Dragster dan F4, Brutale 800 RR LH44 ialah hasil daripada proses kreatif daripada komunikasi langsung antara Hamilton dan Pusat Rekabentuk MV Agusta (CRC). Selain reputasi sebagai juara dunia F1, Hamilton juga terkenal dengan kreativiti, gaya dan perinciannya.

5. CRC pula lebih daripada sekadar studio rekabentuk. Pusat itu ialah fasiliti teknologi yang memupuk imaginasi jurutera dan pereka menerusi simulasi digital dan prototaip praktikal dengan memberikan nafas baharu bagi setiap produk MV Agusta. Sukar membayangkan bagaimana hebatnya kerjasama rekabentuk melibatkan individu dan entiti permotoran itu.

6. Inspirasi skema warna - adunan warna hitam, merah dan putih - diambil daripada gaya ikonik Hamilton. Grafik tersebut menguatkan rekaan dinamik jentera bersama logo Lewis Hamilton dan nombor lumba miliknya, 44.

7. Dalam projek istimewa itu, MV Agusta menggunakan komponen dan material baharu yang tidak pernah digunakan pada naked bike pengeluaran, seperti komponen gentian karbon rekaan khas, grafik skema warna unik dan salutan berasaskan seramik eksklusif yang tahan suhu ultra-tinggi pada sistem ekzos.

8. Ini termasuk banyak komponen dimesin (machined) daripada bilet aloi ringan. Perincian menarik bahagia depan, termasuk tuil brek dan klac serta penutup reservoir bendalir. Penutup tangki, seperti penutup minyak enjin, juga dimesin CNC, termasuk pelindung klac dan gad alternator.

GALERI

SUMBER: Motorcycle.com

Related

387
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: F1, Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, MV Agusta, MV Agusta Brutale 800 RR LH44, naked bike, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev