SELARAS dengan pengumuman Kerajaan yang menurunkan kadar GST dari 6 peratus kepada sifar, inilah masa dan peluang terbaik anda untuk memiliki kereta idaman pada harga paling mampu milik. Proton misalnya yang sedang menawarkan pelbagai promosi menarik.
Bermula sekarang hingga 31 Mei 2018, anda bukan saja dapat menikmati sifar GST, malahan Proton turut menawarkan pinjaman tanpa faedah bagi tahun pertama dan diskaun tunai sehingga RM15,172. Bukan itu saja, Proton turut menawarkan tiga bulan ansuran secara percuma bagi model terpilih.
PROMOSI 'KOSONG-KOSONG' PROTON
Berikut ialah promosi 'Kosong-Kosong' yang sedang dijalankan oleh Proton bagi model-model terpilih;
- Proton Iriz (Eksekutif & Premium) - Pembiayaan tahun pertama tanpa faedah
- Proton Ertiga (Semua Varian) - Pembiayaan tahun pertama tanpa faedah
- Proton Exora (Semua Varian) - Pembiayaan tahun pertama tanpa faedah
- Proton Saga & Persona - 3 bulan ansuran percuma
- Proton Suprima - Diskaun RM15,172 (model 2017)
* Pembiayaan tanpa faedah bagi tahun pertama hanya layak bagi mereka yang membuat pinjaman dengan Hong Leong Bank sahaja
* Tiga bulan ansuran percuma hanya layak bagi mereka yang membuat pembiayaan menerusi Proton Commerce sahaja
BACA >>> #SembangDeras: Al-Kisah Uncle GrabCar yang Pasrah dan Proton Persona Bau Kedai
DISKAUN 6 PERATUS UNTUK KHDIMAT LEPAS JUALAN
Bagi perkhidmatan selepas jualan, Proton turut menawarkan diskaun sebanyak 6 peratus bagi mereka yang datang selenggara kenderaan di pusat servis sah. Diskaun itu hanya sah bagi kos upah pekerja dan alat ganti penyenggaraan berkala sahaja.
Maklumat lanjut bagi tawaran-tawaran ini, sila kunjungi bilik pameran Proton terdekat atau hubungi talian khidmat Pelanggan di 1-800-88-8398.
Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store secara percuma.
Leave a Reply