SEBAGAI memenuhi pertambahan jumlah penunggang scrambler dan bobber, Shoei melancarkan helmet muka penuh (full-face) tradisi baharu, Ex-Zero.
Tambahan terbaharu itu menyerlahkan gaya scene motosikal kustom dan tradisi helmet motocross dalam satu rekabentuk istimewa, bersama elemen rekaan anggun, casis kompak dan rupa agresif.
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Scrambler yang Perlu Anda Tahu
Ada 6 opsyen saiz, daripada XS hingga XXL yang akan dihasilkan dalam tiga binaan rangka luaran berbeza bagi memastikan helmet itu memiliki dimensi kompak dan dapat dipadankan dengan sempurna.
Helmet ini dilengkapi semua ciri dijangka daripada sebuah helmet berjenama Shoei: Multi-Ply Matrix AIM Shell, visor dalaman (CJ-3), sistem tali jerut D-Ring berganda, sistem dalaman mudah tanggal dan basuh, Sistem Bebas Pantas Kecemasan (EQRS), dan bukaan depan lebih luas.
Leave a Reply